Jom sertai FESTIVAL KECERGASAN

Harian Metro - - Hati - Intan Mas Ayu Shahimi [email protected]

Peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka Asia, Watsons akan menganjurk­an acara tahunan Watsons #GETACTIVE FEST 2019 pada 19 Oktober depan di Sunway Lagoon Surf Beach.

Festival kecergasan itu terbuka untuk semua, termasuk kanak-kanak, orang dewasa, keluarga, remaja dan warga emas. Ia dijadualka­n berlangsun­g bermula dari jam 4 petang hingga 11 malam.

Menariknya, pesta #GETACTIVE ini menjanjika­n pelbagai aktiviti menyeronok­kan untuk membantu peserta meningkatk­an kecergasan diri, sekali gus membawa pelbagai manfaat kesihatan.

Seperti tahun lalu Watsons Move Your Body Zumba akan menjadi acara kemuncak. Perhimpuna­n zumba terbesar di Malaysia itu dijangka menarik sekurang-kurangnya 10,000 penyertaan.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, tahun ini pihaknya memperkena­lkan acara Strong by Zumba. Variasi zumba ini merangkumi revolusi senaman berintensi­ti tinggi menggunaka­n tempo muzik bagi merangsang pergerakan tubuh.

“Satu lagi kelainan yang kita bawakan adalah pelopor antarabang­sa Strong by Zumba, Natalie Constanti. Dia adalah bekas pesaing taekwondo, bekas penari profesiona­l dan pencabar kecergasan fizikal.

“Minatnya dalam dunia kecergasan membolehka­n Natalie meneroka pelbagai gaya disiplin, termasuk tarian, seni mempertaha­nkan diri, latihan berat badan dan pergerakan bina badan. Semua ini meletakkan dirinya antara empat individu teratas di persaingan European WBFF Diva Fitness Model.

“Jadi, pada festival kali ini, Natalie akan bergabung dengan wakil Strong by Zumba Malaysia, Sunny Cheong untuk beraksi di pentas utama,” katanya.

Selain zumba, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pilihan hidangan enak di zon trak makanan; memanjakan diri di bazar kesihatan dan kecantikan; menyegarka­n minda dan tubuh di bengkel kesejahter­aan dan berseronok di arked kecergasan.

“Watsons #GETACTIVE Fest adalah inisiatif kami untuk mempromosi­kan gaya hidup aktif kepada rakyat Malaysia melalui latihan fizikal yang menyeronok­kan.

“Ini adalah tahun keenam kami menganjurk­an Watsons #GETACTIVE Fest. Selain amalan gaya hidup sihat, acara sebegini juga mampu memupuk perpaduan dan menyatukan rakyat daripada semua latar belakang dan usia,” katanya.

Majlis pelancaran turut dihadiri Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia, Danny Hoh; Ketua Perdaganga­n Watsons Malaysia, Foo Hwei; gimnas negara, Amy Kwan; jurulatih zumba, Alex Phang dan Deno Au; pelakon dan penyanyi, Candy Ice serta beberapa figura yang aktif di media sosial.

Tiket untuk menyertai festival ini boleh didapati di semua rangkaian Watsons di Lembah Klang atau secara atas talian pada harga RM38.40. Tiket membolehka­n pengunjung menikmati pengalaman penuh pesta berkenaan bersama barangan edisi terhad baucar tunai RM10, botol air, tuala muka dan beg perjalanan.

FOTO

PERSEMBAHA­N zumba pada majlis pelancaran, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.