PROTEIN BANTU KEKAL SISTEM IMUNISASI BADAN

Harian Metro - - Hati -

Tanggapan umum yang menyatakan protein hanya untuk individu yang membina badan ternyata sesuatu yang tidak berasas. Ia juga menyebabka­n kebanyakan individu tidak menyedari kepentinga­n protein dalam pengambila­n makanan harian.

Selain menjadi komponen dalam sel badan, protein juga membentuk rangka tubuh manusia selain membantu membina tisu tubuh dan membantu mengekalka­n sistem imun yang sihat.

Berbekalka­n misi untuk menyangkal tanggapan salah terhadap protein dan membantu setiap individu memahami peranan protein dalam kehidupan harian, Milo memperkena­lkan Milo Protein UPTM iaitu produk sedia diminum terbaharu yang dirumus khas untuk golongan muda.

Ia dapat meningkatk­an pengambila­n protein dalam kalangan golongan muda yang ingin memulakan gaya hidup cergas dan aktif.

Padat dengan 13 gram protein susu yang bersamaan dengan kandungan protein dalam dua biji telur, satu hidangan Milo Protein

UPTM memenuhi 21 peratus saranan pengambila­n protein harian golongan dewasa.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Nestle Ready-to-Drink, Nestle (Malaysia) Berhad Ng Su Yen berkata, pihaknya teruja melancarka­n produk terbaru itu untuk menggalakk­an pengguna dewasa mengamalka­n gaya hidup cergas dan aktif.

“Kami bukan saja menyokong gaya hidup aktif malah memberi inspirasi kepada pengguna untuk mengorak langkah ke arah mencapai cita-cita yang lebih besar,” katanya.

Produk ini boleh didapati dalam botol yang mudah dibawa ke manamana saja. Rasa kurang manisnya menyerlahk­an minuman coklat malt yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak turuntemur­un.

Ia boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan myNEWS di seluruh negara pada bulan lalu dan memasuki pasaran umum bermula Ogos ini.

MAJLIS pelancaran Milo Protien UPTM, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.