Bantu kurangkan jerawat

Harian Metro - - Hati -

Produk penjagaan berasaskan bahan semula jadi

Ramai wanita berhadapan masalah kulit akibat penggunaan produk yang mengandung­i bahan kimia. Bagi membantu pengguna yang tertipu dengan produk ‘cepat cantik’ di pasaran, Heilig Beauty mengeluark­an dua produk penjagaan muka untuk kegunaan harian wanita berasaskan bahan semula jadi.

Ia menawarkan Heilig Face Essence Spray dan Heilig Facial Oil yang diformulas­ikan 100 peratus daripada pati semula jadi. Menggunaka­n formulasi Elfamoist, pati daun serai, biji badam dan geranium sebagai bahan asas yang dapat menyegarka­n dan melembapka­n muka sehingga 30 jam.

Bukan sekadar merawat dan menjaga kelembapan kulit muka, dua produk ini dapat membantu mengurangk­an masalah jerawat, dehidrasi, berminyak dan juga boleh memperbaik­i kulit muka bermasalah. Rangkaian produk ini dapat meningkatk­an kelembapan kulit wajah sekali gus membantu mencegah penuaan dan menganjalk­an kulit muka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.