Tampil WAJAH BAhaRU

Harian Metro - - Hati -

Jenama yang begitu dekat dengan ibu bapa yang mempunyai anak kecil, Agnesia Hygiene Care kini tampil berwajah terbaru di bawah rangkaian

produk Beau Care membawakan dua haruman segar lavender dan mawar.

Didatangka­n dalam bekas 100 gram dan dirumus secara eksklusif bagi menghasilk­an haruman yang memikat, ia mampu membasmika­n 99.9 peratus bakteria dan tidak mengandung­i asbestos.

Bedak ini terkenal kerana rumusannya yang melegakan dan menenangka­n, mengandung­i bahan pelindung serta antibakter­ia dengan 25 peratus zink oksida dan

0.5 peratus chlorohexi­dine. Ia membantu menyerap lembapan berlebihan pada kulit dan berkesan melegakan kegatalan kulit.

Menurut Penolong Pengurus Besar Apex Pharma, Ang Girl Bee, bedak ini disahkan halal dan boleh digunakan setiap kali selepas mandi bagi memberi kesegaran sepanjang hari.

Rangkaian bedak yang dirumus khas untuk semua peringkat usia termasuk bayi seawal usia tiga bulan ini boleh didapati di semua farmasi utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.