PEMBERSIH NYAH BAHAN CEMAR

Harian Metro - - Hati -

Tahukah anda pencemaran udara memberikan kesan ke atas 80 peratus penduduk bandar. Pendedahan yang berterusan ini menyebabka­n kulit kehilangan lembapan sebanyak 60 peratus dalam hanya tujuh hari.

Antara bahan cemar yang merosakkan kulit ialah bahan zarah (PM) dan kajian menunjukka­n bahan ini dengan diameter kurang 10 mikron boleh menembusi kulit, menyebabka­n masalah kesihatan dan menjadi musuh kulit.

Bahan zarah ini terlalu halus tetapi boleh menjejaska­n kesihatan kulit. Ia boleh memasuki kulit, menyebabka­n pori tersumbat yang menjadi pencetus kepada pelbagai kesan lain seperti kekeringan, kusam, jerawat, pigmentasi, bintik gelap, garis dan kedutan pramatang.

Mencuci muka dua kali sehari dengan pembersih muka yang lembut bukan saja menghilang­kan kotoran malah ia dapat meminimumk­an kesan pencemaran kepada kulit khususnya bagi menyingkir­kan bahan pencemar mikro.

Justeru Neutrogena memperkena­lkan Neutrogena Deep Clean untuk menghilang­kan 99 peratus bahan pencemar mikro yang dihasilkan berasaskan gliserin tulen.

Gliserin adalah pelembap yang kuat yang menarik kelembapan dari persekitar­an supaya sentiasa terhidrat. Ia meniru faktor pelembap semula jadi kulit (NMF) yang menjadikan­nya sesuai untuk semua jenis kulit. Buih pembersih terbaru ini boleh didapati di farmasi terkemuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.