PENGALAMAN SENSORI UNIK

Harian Metro - - Hati -

Bahan-bahan semula jadi sentiasa menjadi keutamaan dalam penghasila­n produk. Sejak dilancarka­n pada

1991, jenama Fresh mempelopor­i penggunaan bahan seperti soya dan gula dalam produk kecantikan­nya. Gabungan ritual silam dan sains moden ini menawarkan pengalaman sensori yang tiada bandingan.

Pengasas Fresh, Lev Glazman dan Alina Roytberg berkata, Fresh berasal daripada obsesi Cleopatra dengan bunga dan menjadikan inti sari mawar sebagai pewangi. Daripada pengalaman peribadi pula, nenek Lev dan Alina menggunaka­n gula mentah untuk menyembuhk­an luka dan calar, lalu memberi inspirasi terhadap penggunaan gula dalam produknya untuk kulit, bibir dan badan.

Meraikan bahan semula jadi dalam suasana lebih interaktif Fresh Beauty Kitchen direka bagi memberikan pengalaman sensori yang unik merangkumi bahagian Beauty Kitchen, Parti Rose Garden, Sensorial Bar ke Kitchen Table.

Menurut Pengurus

Besar Jenama Wilayah Winnie Tay, pihaknya berbangga menjadi perintis kedai konsep kecantikan yang pertama dan dapat memulakan pengalaman membeli belah yang unik ini di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.