SERVIS MARIA ‘BUNUH’ ALISON

Mara ke pusingan kedua, bakal berdepan Ashleigh

Harian Metro - - Arena - Reuters

Maria Sharapova menewaskan Alison Riske 6-3, 7-6(4) di Cincinnati Masters awal pagi semalam, sekali gus menempah pertembung­an pusingan kedua menentang pemain nombor dua dunia, Ashleigh Barty.

Ashleigh adalah pemain yang mengecewak­an bintang Russia itu ketika saingan Terbuka Australia tahun ini.

Maria yang dilihat masih belum menemui sentuhan sebenarnya, berjaya meledak beberapa servis kencang selain bertahan dengan baik di Cincinnati yang sudah tidak disertainy­a sejak lima tahun lalu.

Alison yang layak ke kejohanan berkenaan menerusi tiket wildcard, hampir mengheret perlawanan ke set ketiga ketika dia melakukan servis pada kedudukan 5-3 dan 15-0 di set kedua tetapi Maria enggan mengalah dengan memaksa aksi berlanjuta­n hingga tiebreak.

Bekas pemain nombor satu dunia dan juara lima kali Grand Slam, Maria

memanfaatk­an mata akhir keempat untuk menempah pertemuan dengan pilihan utama, Ashleigh.

Ashleigh menewaskan Maria pada pusingan keempat Terbuka Australia pada Januari lalu dan kedua-duanya mengambil peluang mengasah permainan menjelang Terbuka Amerika Syarikat bulan ini.

Sementara itu, seorang lagi bekas pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki tewas mengejut di tangan pemain remaja Ukraine, Dayana Yastremska 4-6, 4-6.

Pemain bukan pilihan dari Denmark itu mempunyai peluang tetapi hanya berjaya memanfaatk­an empat daripada 15 mata penamat ketika menentang Dayana yang beraksi buat kali pertama di Cincinnati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.