J

Harian Metro - - Arena -

urgen Klopp menggesa Liverpool mengekalka­n tradisi dengan memenangi trofi apabila mereka menentang Chelsea dalam aksi Piala Super UEFA, awal pagi esok.

Perlawanan di Istanbul itu mengimbau kembali memori kejayaan menewaskan AC Milan menerusi penentuan penalti pada final Liga Juara-Juara 2005 dan kini mereka menentang musuh Liga Perdana, Chelsea di ibu kota Turki.

Perlawanan pembuka tirai musim Eropah itu mungkin tidak dipandang serius tetapi kedua-dua kelab sudah pasti mahu menambah koleksi mereka dengan Liverpool baru saja menamatkan kemarau tujuh tahun kejuaraan Eropah pada Jun lalu dan Frank Lampard teruja memulakan misi sebagai pengurus Chelsea dengan langkah kanan.

Kedua-dua kelab memenangi trofi itu masing-masing empat kali tetapi sembilan daripada 10 pemenang terakhir adalah dari Sepanyol.

Sejarah turut tercipta di Istanbul apabila Stephanie Frappart menjadi pengadil wanita pertama mengadili kejohanan utama di Eropah tetapi tumpuan utama di Vodafone Park nanti sudah pasti terarah kepada kedua-dua kelab.

Selepas tewas menerusi penentuan penalti kepada Manchester City dalam aksi Perisai Komuniti, Liverpool bangkit bergaya membenam Norwich City 4-1 dengan Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Divock Origi menjaringk­an gol.

Bagaimanap­un, kemenangan itu dibayangi kecederaan Alisson yang terpaksa direhatkan beberapa minggu.

Penjaga gol dari Sepanyol, Adrian akan mengambil alih tugas Alisson dan Klopp berharap pasukannya akan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.