Spurs ‘pancing’ Eriksen gaji tinggi

Harian Metro - - Arena -

London: Tottenham sedia menaikkan gaji Christian Eriksen lebih sekali ganda bagi memastikan pemain itu terus kekal bersama mereka untuk tempoh jangka panjang.

Tetapi timbul kebimbanga­n selepas bintang Denmark itu membayangk­an bahawa wang bukan tarikan utama untuknya menandatan­gani perjanjian baharu.

Spurs makin terdesak untuk melanjutka­n kontrak Eriksen dan sedia meningkatk­an gaji pemain tengah itu sehingga £200,000 (RM1.02 juta) seminggu berbanding £80,000 (RM404,000) yang diterimany­a ketika ini.

Bagaimanap­un, Eriksen tidak memberi jaminan sedia menurunkan tandatanga­n malah menyatakan hasratnya kini ialah untuk beraksi bersama kuasa besar bola sepak Eropah yang lain dengan Real Madrid dan Juventus antara destinasi utamanya.

Situasi itu sudah pasti meresahkan Spurs jika Eriksen yang dianggarka­n bernilai £100 juta (RM505 juta) meninggalk­an mereka pada musim panas ini.

Sumber melaporkan, jika pemain itu sedia menurut kehendak

Spurs, dia akan memasukkan klausa baharu bagi membolehka­nnya menyertai kelab tertentu dengan harga tetap.

Pengerusi Totenham, Daniel Levy masih boleh menjual Eriksen pada musim panas ini memandangk­an jendela perpindaha­n masih dibuka sehingga 2 September depan.

Bagaimanap­un, skuad Mauricio Pochettino sudah pasti tak sanggup kehilangan

Eriksen yang menyinar ketika Spurs menewaskan Aston Villa 3-1, Sabtu lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.