Bayern unggul

Singkir Cottbus, mara pusingan kedua Piala Jerman

Harian Metro - - Arena - AFP

Robert Lewandowsk­i meledak gol manakala Lucas Hernandez tampil buat kali pertama ketika Bayern Munich mara ke pusingan kedua Piala Jerman selepas menewaskan kelab kerdil, Energie Cottbus 3-1, awal pagi semalam.

Walaupun ramai menjangkak­an perlawanan bakal berat sebelah, Cottbus membuktika­n sebaliknya apabila mereka bertahan sehingga setengah jam sebelum Lewandowsk­i membuka tirai jaringan menerusi tolakan jarak dekat.

Percubaan Lewandowsk­i dan Kingsley Coman terkena palang dan Bayern terpaksa menunggu hingga

minit ke-65 untuk menggandak­an jaringan hasil rembatan jarak jauh Coman.

Leon Goretzka melengkapk­an kemenangan Bayern ketika permainan berbaki enam minit sekali gus meneruskan rekod tanpa kalah kelab gergasi Jerman itu di pusingan pertama sejak 1994.

Berkan Taz menjaringk­an gol tuan rumah menerusi sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan.

“Pasukan saya beraksi dengan baik hari ini. Saya sebenarnya mahu memasukkan Hernandez lebih awal tetapi dia mengalami kecederaan panjang sebelum ini,” kata jurulatih, Niko Kovac kepada Sky.

Bayern akan memulakan kempen Bundesliga menentang Hertha Berlin di tempat sendiri pada awal pagi Sabtu ini.

Sementara itu, Wolfsburg memerlukan dua gol pada masa tambahan sebelum menewaskan pasukan divisyen tiga, Halle yang dua kali bangkit untuk mengikat kedudukan 3-3.

Robin Knoche dan Josip Brekalo memastikan kemenangan 5-3 buat Wolfsburg.

Kelab divisyen dua,

Karlsruher dan VFB

Stuttgart turut mara pusingan kedua selepas menewaskan Hannover 96 dan Hansa Rostock.

“Pasukan saya beraksi dengan baik hari ini. Saya sebenarnya mahu memasukkan Hernandez lebih awal tetapi dia mengalami kecederaan panjang sebelum ini

Niko Kovac

LEWANDOWSK­I (kiri) mengasak pintu gol Cottbus. HERNANDEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.