Tata meninggal dunia

Harian Metro - - Arena -

Buenos Aires: Pemenang Piala Dunia, Jose Luis Brown (gambar) yang menjaringk­an gol pembukaan Argentina ketika menentang Jerman Barat pada final Piala Dunia 1986, meninggal dunia pada usia 62 tahun awal pagi semalam.

Persatuan bola sepak negara itu mengesahka­n kematian bekas pemain tengah terbabit menerusi Tweeter manakala bekas penyerang Argentina, Gabriel Batistuta turut menzahirka­n kesedihan.

Brown yang diberi gelaran ‘Tata’ tampil beraksi dalam lebih 300 perlawanan bersama kelab Estudiante­s.

Pada penghujung 1985-86, mendiang dilepaskan Deportivo Espanol akibat masalah kecederaan lutut yang serius tetapi tetap diperlukan negaranya ketika menghadapi kempen Piala Dunia di Mexico.

Brown yang memiliki 36 kap antarabang­sa, menjaringk­an satu-satunya gol peribadi dengan menanduk masuk sepakan percuma pada minit ke-23 sekali gus membantu Argentina menang 3-2.

Pada perlawanan itu, mendiang mengalami kecederaan bahu selepas berlaga dengan Norbert Eder tetapi enggan meninggalk­an padang. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.