Kejayaan Chong King satu permulaan: Hendrawan

Harian Metro - - Arena -

Kuala Lumpur:

Lim Chong King meraih kejuaraan sulung peringkat senior di Terbuka Hellas disambut dengan sedikit kegusaran oleh jurulatih perseorang­an lelaki negara, Hendrawan.

Jurulatih kelahiran Indonesia itu tidak mahu terlalu gembira dengan kejayaan anak buahnya dan menganggap ia satu permulaan yang tidak harus diperbesar­kan.

“Ia baru bermula (pencapaian Chong King), tidak perlu terlalu diperbesar­kan,” kata bekas juara dunia itu ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Beliau mengaku perjalanan pemain berusia 19 tahun itu masih lagi panjang dan perlu meneruskan usaha keras di dalam latihan.

“Dia perlu tetap kerja keras dan meningkatk­an kualiti di

Kejayaan

(gambar)

dalam latihan,” kata Hendrawan yang diamanahka­n untuk membimbing pemain senior kecuali Chong King.

Kegusaran Hendrawan mengenai kejayaan pertama Chong King ada benarnya apabila kelahiran Kuala Lumpur itu terkandas di peringkat kelayakan Terbuka Bulgaria.

Tidak sampai seminggu selepas kejayaan di Greece, Chong King terpaksa akur dan mungkin kepenatan apabila mengharung­i tujuh perlawanan berturut-turut minggu lalu termasuk mengalahka­n rakan senegara, Aidil Sholeh Ali Sadikin di pentas final.

Semalam, Chong King tumpas kepada wakil India, Swarnaraj Bora 9-21, 21-18, 20-22 di perlawanan ketiga pusingan kelayakan.

Selain Chong King, Hendrawan turut melatih tiga pemain senior iaitu Lee Zii Jia, Soong Joo Ven dan Cheam June Wei.

Meneruskan aksi di Terbuka Bulgaria ialah Aidil Sholeh selepas dia berjaya melepasi pusingan kelayakan dan berdepan wakil Republik Czech, Jan Louda di pusingan pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.