Cabaran hebat rakan sendiri

Harian Metro - - Arena - Ferzalfie Fauzi [email protected] Saiful Affendy Sapran saifulaffe­[email protected]

 Peng Soon-Liu Ying sukar raih pingat jika berdepan Soon Huat-Shevon Lai di pusingan ke-3

Selepas melihat keputusan undian yang dikeluarka­n Persekutua­n Badminton Dunia (BWF), pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terpaksa mengaku bahawa rakan senegara bakal menjadi ancaman hebat buat mereka.

Peluang Peng Soon-Liu Ying untuk meraih pingat di Kejohanan Dunia minggu depan mungkin sedikit terganggu jika mereka berdepan Goh Soon Huat-Shevon Lai di pusingan ketiga.

Perkara ini diakui Liu Ying yang melihat pemenang pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu bakal menghadirk­an tentangan sengit seandainya mereka bertemu sesama sendiri.

“Kalau melihat kepada undian memang nampak ada peluang (meraih pingat) namun ia bukan mudah kerana Soon Huat-Shevon berada di laluan kami,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Peng Soon-Liu Ying yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan, mendapat bye di pusingan pertama dan mereka bakal berdepan Sam Magee-Chloe Magee (Republik Ireland) atau Joshua Hurlburt Yu-Josephine Wu (Kanada) di pusingan kedua.

Bagaimanap­un, di pusingan ketiga, mereka berkemungk­inan besar akan berdepan Soon Huat-Shevon seandainya pasangan berkenaan berjaya melepasi pusingan kedua.

Soon Huat-Shevon yang juga mendapat bye di pusingan pertama, menanti pemenang antara Takuro Hoki-Wakana Nagahara (Jepun) dan Adam Hall-Julie Macpherson (Scotland). “Memang sukar jika berdepan mereka (Soon Huat-Shevon) kerana kami sudah tahu permainan masing-masing, namun ia sangat baik buat Malaysia kerana akan ada wakil di suku akhir,” kata Liu Ying.

Kedua-dua pasangan itu tidak lagi sebumbung selepas Peng Soon-Liu Ying mengambil keputusan meninggalk­an Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tahun lalu untuk bergerak secara profesiona­l.

Kejohanan Dunia yang bermula 19 hingga 25 Ogos ini akan diadakan di Basel, Switzerlan­d. Kuala Lumpur:

MotoGP negara,

Syahrin Abdullah dijangka tidak berdepan masalah untuk kembali beraksi pada Grand Prix Silverston­e, 25 Ogos ini.

Pelumba yang turut dikenali sebagai Pescao itu dibenarkan keluar dari hospital apabila pemeriksaa­n ke atas gegaran di kepala yang dialami selepas terbabit kemalangan di Grand Prix (GP) Austria, Ahad lalu, tidak serius. Pelumba

Hafizh

(gambar)

PENG Soon dan Liu Ying mungkin hadapi rakan senegara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.