Pescao akan beraksi di Grand Prix Silverston­e

Harian Metro - - Arena -

“Hafizh sudah keluar dari hospital. Dia terpaksa menjalani pembedahan kecil di siku kanannya. Dia akan menjalani proses pemulihan dan dijangka kembali cergas sepenuhnya untuk perlumbaan di Silverston­e,” kata Red Bull KTM Tech 3 menerusi satu kenyataan, semalam.

Dalam laporan Arena Metro, pengurus pasukan Red Bull KTM Tech 3, Herve Poncharal menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap prestasi Hafizh sejak pelumba itu kembali daripada cuti panjang.

Katanya Hafizh nampak gementar dan mungkin cuba mempamer prestasi lebih daripada kebiasaann­ya.

Ia adalah kali kedua berturut-turut Hafizh gagal menamatkan perlumbaan selepas GP Republik Czech, 4 Ogos lalu.

Kegagalan menamatkan perlumbaan kelmarin juga adalah yang keempat dialami Hafizh musim ini dan dia kekal mengutip tiga mata selepas 11 pusingan.

Masa depan pelumba negara itu masih mencetuska­n persoalan selepas kontraknya tidak disambung Red Bull KTM Tech 3, tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.