Harap sentuhan pemain senior

Harian Metro - - Arena -

Kuala Lumpur: Skuad hoki dalam dewan mengharapk­an sentuhan pemain senior hoki padang dalam usaha membantu mempertaha­nkan emas di Sukan SEA Filipina, hujung tahun ini.

Malah ketua jurulatih Malaysian Tigers, Roelant Oltmans sudah menyatakan persetujua­n untuk melepaskan pemain yang tidak terpilih ke kelayakan akhir Sukan Olimpik 2020 pada Oktober nanti.

Penolong jurulatih skuad hoki dalam dewan lelaki, Megat Azrafiq Termizi menyasarka­n untuk mendapatka­n khidmat tiga atau empat pemain senior.

Bagaimanap­un, identiti pemain berkenaan masih belum dikenal pasti namun mereka akan memberi keutamaan kepada barisan pemain yang pernah beraksi bersama skuad 2017.

“Saya harap pemain hoki padang nanti akan dapat membantu skuad negara selain memberi cabaran kepada pemain sedia ada. Keputusan siapakah yang akan terpilih nanti hanya akan diputuskan kemudian kerana ia bergantung kepada pemain yang tidak dibawa ke pusingan kelayakan Olimpik,” katanya.

Namun, antara pemain yang berada dalam radar adalah Najib Abu Hassan, Norsyafiq Sumantri, Syed Syafiq Syed Cholan, Amirol Aideed, Ashran Hamsani dan Najmi Farizal Jazlan.

Sementara situasi berbeza dialami ketua jurulatih skuad hoki dalam dewan wanita negara, Yahya Atan apabila hasratnya membawa pemain hoki padang ke dalam skuadnya tidak kesampaian.

Namun, apa yang sedikit melegakan ialah apabila beliau mendapat dua daripada lima pemain yang dipohon iaitu Shafiqah Mohd Zain dan Syafiqa Mat Isa.

Sebagai rekod, pasukan hoki dalam dewan lelaki meraih emas pada temasya Sukan SEA lalu manakala skuad wanita meraih gangsa.

NORSYAFIQ Sumantri (kanan) mungkin beraksi pada Sukan SEA nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.