Malaysian Tigers ke Tokyo pula

Harian Metro - - Arena - Saiful Affendy Sapran saifulaffe­[email protected]

Sepang: Tidak sampai 24 jam selepas tiba di Kuala Lumpur dari siri jelajah Eropah semalam, skuad hoki lelaki negara akan berlepas ke Tokyo hari ini untuk menyertai Kejohanan Ujian Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dijadualka­n bermula 17 hingga 21 Ogos ini.

Namun, untuk saingan di Tokyo, skuad bimbingan Roelant Oltmans itu akan menampilka­n ‘set’ berlainan apabila membawa enam pemain baharu.

Mereka akan menyertai 12 pemain yang sudah pun mengerah keringat sepanjang tiga minggu di Eropah manakala selebihnya akan direhatkan.

Enam pemain yang akan menyertai saingan di Tokyo adalah Muhammad Hafizuddin Othman, Muhammad Najmi Farizal Jazlan, Nabil Fiqri Mohd Noor, Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran, Mohamad Ashran Hamsani dan Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad.

Penolong ketua jurulatih Malaysian Tigers, Muhammad Amin Rahim berkata, keenam-enam pemain itu diharap dapat meneruskan rentak konsisten pasukan.

“Kalau kita teliti 12 pemain yang kekal di dalam pasukan sudah pun mengharung­i perlawanan yang sangat sukar di Eropah. Sebab itu, saya harap enam pemain baharu ini dapat tampung beban di dalam pasukan.

“Semua pasukan yang ditemui di Tokyo nanti adalah bagus tetapi saya harap pemain dapat meraih keputusan yang bagus juga,” katanya.

Amin yang juga bekas pakar pukulan sudut penalti negara berkata, saingan di Tokyo juga penting untuk setiap pemain.

“Kami sudah berada di fasa akhir dan Tokyo menjadi proses pemilihan terakhir pemain untuk menghadapi kempen kelayakan Sukan Olimpik,” katanya.

Selain Malaysia, saingan di Tokyo turut menampilka­n pasukan di ranking kelima dunia, India, New Zealand dan Jepun.

PEMAIN Hoki negara pulang dari siri jelajah Eropah di KLIA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.