Tiada tiket mudah ke Filipina

Harian Metro - - Arena - Aida Adilah Mat [email protected]

 Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia uji keupayaan sebenar Hafiz, Zaidatul Husniah

Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia yang bermula Jumaat hingga Ahad ini akan menjadi medan terakhir buat semua atlet olahraga negara untuk melayakkan diri ke temasya Sukan SEA Filipina.

Malah, tiada tiket mudah terutama buat atlet pecut negara Khairul Hafiz Jantan yang perlu berusaha lebih keras lagi untuk melepasi syarat kelayakan bagi kategori A.

Situasi sama turut melanda ratu pecut, Zaidatul Husniah Zulkifli yang juga belum melepasi syarat kelayakan ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Ketua jurulatih, Manshahar Abd Jalil yang ditemui pada sidang media skuad olahraga ke Sukan SEA berkata, untuk melepasi syarat merit, atlet perlu menghuni

kedudukan tiga terbaik Asia Tenggara.

“Catatan 10.50s meletakkan Khairul Hafiz berkeduduk­an tempat ke-10 di Asia Tenggara manakala Husniah pula di ranking kelima di belakang dua pelari Filipina, Zion Carrales (11.41s) dan Kristina Marie Knott (11.42s).

“Bagaimanap­un,

saya menjangkak­an seramai 25 ke 30 atlet akan terpilih untuk beraksi di Sukan SEA apabila senarai akhir diumumkan selepas tamatnya Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia yang akan berlangsun­g di Stadium Mini MSN nanti,” katanya.

Untuk rekod, ketika ini seramai 15 atlet sudah melepasi syarat kelayakan bagi kategori A membabitka­n 12 lelaki dan tiga wanita.

Mengulas mengenai sasaran, Manshahar berkata, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menjangkak­an lima emas akan berjaya diraih.

Biarpun jumlah berkenaan kurang daripada edisi sebelum ini di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) iaitu lapan emas namun ia dilihat realistik berdasarka­n persiapan skuad negara.

Antara atlet yang berpotensi untuk meraih emas adalah Hakimi Ismail (lompat kijang), Jackie Wong dan Grace Wong (baling tukul besi), Rayzamsyah Wan Sofian (110m lari berpagar), Nauraj Singh, Lee Hup Wei (lompat tinggi) dan Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera).

KHAIRUL Hafiz (dua dari kanan) ketika kejohanan Olahraga Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.