‘Saya bukan pengganti LTK’

Harian Metro - - Arena -

Kuala Lumpur: “Tidak... saya jamin, saya bukan pengganti LTK (Lim Teong Kim).” Itu pengakuan Pengarah Teknikal Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP), Saad Ichalelene yang menyangkal khabar angin menyebut beliau adalah calon pengganti LTK sebagai Pengarah Teknikal Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD).

Malah, bekas jurulatih remaja Paris Saint-Germain (PSG) itu turut mengaku pertemuan dengan ketua jurulatih skuad Bawah 23 negara, Datuk Ong Kim Swee di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya semalam langsung tidak menyentuh mengenai jawatan barunya di AMD.

Katanya, laporan media yang mengaitkan namanya sebagai pengganti LTK adalah satu kesilapan dan beliau bukan calon yang tepat.

“Secara jujurnya, saya bukan calon pengganti kepada sesiapa dan sekarang saya hanya jalankan tugas dengan kakitangan (NFDP) dan pemain.

“Pertemuan dengan Kim Swee juga tidak sentuh langsung mengenainy­a,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.

Beberapa laporan media menyebut beliau calon pengganti Teong Kim sebagai Pengarah Teknikal di AMD selepas kontrak bekas pemain negara itu berakhir 31 Oktober depan.

Laporan itu timbul ekoran satu artikel khas dimuatkan dalam laman rasmi Facebook FAM mengenai pengalaman warga Perancis itu.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam turut terkejut dengan laporan berkenaan sedangkan pertemuan itu adalah perbincang­an wajib setiap minggu antara FAM dan Majlis Sukan Negara (MSN).

SAAD (kanan) menyangkal khabar angin yang menyebut beliau adalah calon pengganti Teong Kim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.