Teong Kim ke JDT? Shahril tekad pertahan gawang PDRM

Harian Metro - - Arena - Firdaus Hashim firdaushas­[email protected] Nazri Abu Bakar [email protected]

Adakah Lim Teong Kim akan menyertai Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT)?

Itu persoalan yang timbul selepas Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu secara tiba-tiba membuat lawatan mengejut ke Pusat Latihan Seri Gelam, Johor Bahru kelmarin ketika kedudukann­ya di AMD bakal berakhir pada 31 Oktober depan.

Malah, susulan lawatan berkenaan, bekas jurulatih Akademi Bayern Munich selama 12 tahun itu turut memuji fasiliti dan mengesyork­an pemain yang berhajat untuk bergelar pemain profesiona­l agar menyertai JDT.

Biarpun tiada kenyataan rasmi pengurusan JDT untuk mengambil Teong Kim, namun ratusan pe

nyokong setia Harimau Selatan menyeru pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya melantik bekas pemain kebangsaan itu menjadi sebahagian daripada keluarga JDT.

Malah difahamkan, jawatan Pengarah Teknikal Akademi JDT juga masih kosong dan kehadiran Teong Kim dilihat sebagai pelengkap kepada revolusi skuad selatan tanah air itu.

Menerusi ruangan komen di Facebook rasmi Johor Southern Tigers, seorang penyokong JDT, Amri Mazlan berkata, Teong Kim memiliki reputasi hebat apatah lagi beliau pernah melahirkan ramai pemain terhebat dunia seperti Thomas Muller, Toni Kroos dan Philipp Lahm.

“Bagi saya amat sesuai untuk LTK (Lim Teong Kim) diserapkan ke dalam Akademi JDT dan beri jawatan sesuai dengannya. Soal gaji itu boleh dibincangk­an dengan Tunku Ismail. Sebab kemahiran LTK dalam mengasah dan menerapkan ‘basic football’ yang tinggi dalam kalangan pemain remaja amat bersesuaia­n dengan falsafah bola sepak yang ingin diterapkan JDT iaitu ‘total football’ yang memerlukan penguasaan bola konsisten dan pemain semua bergerak sebagai satu unit.

“Insya Allah, mudah-mudahan menjadi kenyataan LTK dapat diserapkan ke dalam Akademi JDT. Aminn Yaa Rabbal Alamin,” kata Amri.

Bagi Muhammad Amir Danish pula, dia mahu JDT mengadakan rundingan dan segera menyerap Teong Kim bersama skuad itu.

“Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail) mohon serap jurulatih LTK ke dalam Akademi JDT. Jangan biarkan beliau berhijrah. Kita sudah banyak sangat ‘brain drain’,” kata Amir.

Nada sama turut disuarakan John Wick yang melihat keputusan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menamatkan kontraknya sebagai satu kesilapan.

“Saya sarankan Tunku Ismail ambil LTK untuk bantu pembanguna­n JDT. Buktikan kepada KBS betapa menyesalny­a mereka kalau tak sambung kontrak beliau, tak mustahil beliau boleh melahirkan pemain potensi besar seperti mana beliau lakukan di kelab Bayern Munich dulu,” katanya.

Reputasi Teong Kim sedikit tercalar ekoran kegagalan memenuhi sasaran layak ke Piala Dunia Remaja B-17 di Brazil tahun ini dan faktor itu difahamkan menjadi alasan utama mengapa khidmatnya tidak akan disambung. Melaka: Penjaga gol yang juga kapten PDRM, Shahril Sa’ari bertekad mempertaha­nkan kubunya daripada dirobek penyerang Selangor pada perlawanan ketiga Piala Malaysia di Shah Alam, Ahad ini.

“Selepas diberi tanggungja­wab sebagai kapten pasukan, saya pastinya perlu meniup semangat tinggi kepada pemain walaupun tuan rumah memiliki banyak kelebihan. Apapun, semuanya boleh berlaku jika semua pemain memberikan lebih 100 peratus tumpuan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengaku kemenangan 4-3

 Lawatan mengejut ke Pusat Latihan

Seri Gelam kelmarin timbulkan banyak persoalan

ke atas FELDA United di Melaka minggu lalu menjadi tonik berharga pasukannya untuk bertandang ke Shah Alam.

Menurutnya, dia juga mengharapk­an motivasi itu mampu menjadi tonik kekuatan buat pasukan bagi menafikan kelebihan The Red Giants.

Baginya, jika keputusan positif diperoleh pada perlawanan terbabit, tidak mustahil The Cops mampu menghidupk­an peluang mara ke suku akhir.

Apapun, dia mengharapk­an semua perancanga­n jurulatih, E Elavarasan akan diserap dengan baik sekali gus menyekat semangat tuan rumah yang masih mengekalka­n rekod tanpa kalah setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.