Hadi Fayyadh sedia sahut ‘semboyan’

Harian Metro - - Arena -

Kuala Lumpur: Penyerang Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh Abdul Razak bersedia menyahut ‘semboyan’ skuad kebangsaan sekiranya dipanggil memperkuat­kan pasukan untuk menghadapi saingan Sukan SEA di Filipina, hujung tahun ini.

Hadi, 19, yang menyertai Fagiano dalam saingan divisyen 2 Liga Jepun (J2) berkata, semangat dan kecintaann­ya terhadap skuad negara tidak pernah pudar dan mengaku sanggup pulang ke tanah air biarpun ketika ini agak sibuk dengan jadual liga.

“Bagi saya, setiap orang nak main untuk Malaysia. Saya pun begitu juga. Tapi saya belum fikirkan lagi sebab Sukan SEA masih jauh. Sekarang ini saya di Jepun dan sedang fokus bersama pasukan.

“Tapi jika diberi peluang untuk bermain, saya akan beri yang terbaik bersama skuad bawah 23 (B-23),” katanya kepada Arena Metro.

Hadi mencipta sejarah sebagai pemain Malaysia pertama yang menyertai kelab Liga Jepun dengan kontrak selama setahun bermula Disember tahun lalu.

Sepanjang tempoh berkelana itu, dia sudah meledak beberapa gol termasuk ketika membantu pasukannya menewaskan Universiti Kansai Fukushi 3-0 dalam aksi pramusim.

Kali terakhir dia dipanggil menyarung jersi skuad negara adalah pada saingan Kelayakan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 kendalian Datuk Ong Kim Swee di mana pasukan gagal layak ke pusingan akhir selepas sekadar menamatkan kedudukan dalam selaku naib juara Kumpulan J di belakang China.

(gambar)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.