Nasrullah mahu sekat Negeri Sembilan

Harian Metro - - Arena - Malik Muhamad [email protected]

Kuala Terengganu: Pertahanan Terengganu FC, Nasrullah Haniff Johan memasang impian untuk mengecewak­an Negeri Sembilan apabila kedua-dua pasukan bertemu pada saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.

Nasrullah yang memulakan kariernya bersama skuad Piala Presiden Negeri Sembilan itu juga tampil dengan amaran bahawa pemain pelawat tidak akan diberi ruang untuk bergerak bebas apatah lagi bermimpi untuk meledak jaringan.

“Beraksi di laman sendiri, sudah pasti kami mahu menang bagi mengukuhka­n kedudukan di tangga teratas kumpulan sekali gus mencerahka­n peluang ke suku akhir.

“Selepas kami beraksi cemerlang pada dua aksi terdahulu, saya percaya kami mampu mengulangi hasrat untuk mengutip tiga mata. Secara peribadi, saya mahu menyajikan aksi terbaik dan lebih penting saya mahu pastikan pintu gol kami tidak bolos,” katanya.

Berdasarka­n kedudukan terkini, TFC yang juga naib juara Piala Malaysia musim lalu itu memimpin Kumpulan A dengan enam mata selepas dua perlawanan.

Nasrullah yang pernah menyarung jersi DRB Hicom pada 2016 sebelum ke Terengganu mengaku gandingann­ya dengan Serhii Andrieiev kian serasi.

“Gandingan bersama Andrieiev semakin baik dan saya pun sudah memahami corak permainann­ya biarpun wujud masalah komunikasi kerana dia tidak fasih berbahasa Inggeris,” kata Nasrullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.