Tekad bangkit

Harian Metro - - Arena - Meor Riduwan Meor Ahmad [email protected] Meor Riduwan Meor Ahmad [email protected]

 Perak, Kedah sasar menang minggu ini

Dua finalis Piala FA 2019, Perak dan Kedah mahu bangkit pada perlawanan ketiga Piala Malaysia selepas tumpas kepada lawan masing-masing minggu lalu.

Bagi Perak, rekod kebangkita­n ketika menewaskan Pahang di gelanggang lawan untuk ke final

Piala FA, gagal diulangi apabila tewas

0-3 manakala

Kedah pula gagal memanfaatk­an kelebihan di laman sendiri apabila tumbang 0-2 di tangan Terengganu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Tajul Hasnan Omar nyata kecewa dengan prestasi pemain The Bos Gaurus yang disifatkan seperti kurang bersemanga­t di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Khamis lalu.

“Saya pun tidak tahu di mana silapnya hingga kami tewas 0-3. Adakah sebab keletihan? Pemain kami serba tidak menjadi walaupun mempunyai beberapa peluang untuk menjaringk­an gol.

“Mereka seperti tidak bersungguh-sungguh sedangkan pengurusan tiada sebarang masalah berkaitan kebajikan, gaji dibayar dan sebagainya.

“Perak bukan tidak pernah mengalahka­n Pahang. Justeru, saya berharap ada perubahan selepas ini untuk perlawanan menentang Pulau Pinang, Sabtu ini,” katanya.

Menurut Tajul Hasnan, kemenangan ke atas Pulau Pinang sangat penting dalam usaha mempertaha­nkan Piala Malaysia dan menyerahka­n perkara itu kepada ketua jurulatih, Mehmet Durakovic untuk merencana strategi terbaik.

“Beliau (Mehmet) kena ambil tanggungja­wab, kenal pasti punca dan taktikal pasukan. Kami perlu menang ke atas Pulau Pinang, kena pertahanka­n maruah selaku juara Piala Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Kedah, Al-Naliq Hasmi Abu Hassan enggan mengenang kekalahan kepada TFC sebaliknya fokus menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.

“Saya lihat kami memiliki beberapa peluang tapi gagal diterjemah kepada jaringan. Saya sudah bertemu ketua jurulatih dan pemain semalam dan kami mahu tumpu usaha meraih tiga mata ketika menentang PKNS FC,” katanya. Alor Setar: Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak

mahu jentera serangan pasukan Kedah meningkatk­an ketajaman bagi memburu gol pada aksi Kumpulan A, Piala Malaysia menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.

Kekalahan mengejut 0-2 di tangan Terengganu FC minggu lalu memaksa Lang Merah untuk bangkit lebih fokus memperkema­skan aspek serangan dan pertahanan.

“Saya sudah memberi amaran kepada penyerang, Fernando Rodriguez dan Jonatan Bauman selepas kami tewas kepada TFC minggu

(gambar)

TAJUL Hasnan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.