Lang Merah perlu buru gol

Harian Metro - - Arena -

lalu agar mereka lebih fokus dan memperting­katkan aspek ketajaman serangan dalam usaha memburu tiga mata berdepan PKNS.

“Kekalahan kepada Terengganu FC minggu lalu benar-benar meninggalk­an kesan kepada pasukan dan juga penyokong.

“Saya berharap kami mampu bangkit dengan semangat baharu sekali gus melenyapka­n kekecewaan akibat dikalahkan TFC,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Aidil mampu menarik nafas lega kerana pemain pertahanan, Renan Alves sudah boleh beraksi untuk perlawanan menentang PKNS FC.

“Alves boleh beraksi untuk perlawanan itu kerana dan khabar angin yang mengatakan dia akan digantung adalah tidak benar. Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahka­n dia boleh diturunkan.

“Namun kita juga terpaksa berdepan kesukaran apabila Azmeer Yusoff masih belum pulih dari kecederaan yang dialaminya. Selain Azmeer, kami juga berdepan isu kecederaan beberapa pemain lain seperti Farhan Roslan, Azamuddin Akil dan David Rowley,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.