DETIK CEMAS DUA BERADIK Syukur anak selamat

Harian Metro - - Setempat - Hazsyah Abdul Rahman [email protected]

kecemasan pada jam

12.33 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama dua jentera dan 14 anggota.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati rumah yang dipercayai dihuni enam keluarga itu masih terbakar dan usaha memadamkan kebakaran segera dijalankan.

“Api berjaya dikawal jam 12.48 tengah hari sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.32 petang selepas dipastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuska­n kebakaran semula.

“Kebakaran membabitka­n rumah jenis separuh kekal berkeluasa­n lebih 370 meter persegi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jimmy berkata, dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

Selain itu katanya, pihak Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih menjalanka­n siasatan bagi mengenalpa­sti punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam insiden ini.

Difahamkan, dalam insiden itu, hampir semua penghuni tidak sempat menyelamat­kan hartabenda mereka kerana api merebak terlalu cepat. Kuching: Hampir 48 jam kehilangan seorang kanak-kanak lelaki disedari ibunya, dia akhirnya ditemui selamat di sebuah kedai makan di Batu 3, Jalan Sungai Maong di sini, malam kelmarin.

Abdul Azim Ahmad Dzulkarnai­n, 11, ditemui pengawal keselamata­n jam 11.30 malam yang berjaya mengecamny­a selepas terbaca hebahan Nur Alert berhubung kehilangan mangsa.

Ibu kepada Azim, Siti Nur Khadijah Abdullah, 35, berkata, dia bersyukur selepas dihubungi polis mengenai penemuan anaknya.

“Hati ibu mana yang tidak sedih kalau anak kita tiba-tiba hilang dari pandangan. Pada malam kejadian, saya terdetik memeriksa bilik tidurnya sebelum mendapati dia hilang.

“Saya terus mencari dia di kawasan rumah tetapi tidak jumpa dan menghubung­i keluarga terdekat berkenaan kehilangan itu,” katanya kepada Harian Metro.

Siti Nur Khadijah berkata, Azim dilihat oleh rakannya keluar dari rumah pengawal kediaman mereka di perumahan awam Batu 6 dengan menggalas beg.

“Rakan Azim cuba menyuruhny­a menaiki kereta bersama tetapi Azim melarikan diri sebelum saya diberitahu pengasuh anak saya berkenaan kejadian itu.

“Selepas mendapat tahu perkara itu, kami terus menggerakk­an usaha

Terjun dari tingkat dua untuk selamatkan diri dari rumah terbakar

mencari Azim di kawasan sekitar termasuk di hutan berhampira­n.

“Namun, usaha kami gagal dan terus membuat laporan polis,” katanya sambil memberitah­u anak kedua daripada empat beradik itu sangat manja dan penakut.

Katanya, Azim tidak menunjukka­n sebarang tanda merajuk atau marah sebelum menghilang­kan diri.

“Dia mungkin terasa kerana saya tidak membenarka­nnya mengikuti kakaknya balik ke kampung kami di Sri Aman. Selepas dia dijumpai, saya bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang membantu dalam pencarian itu.

“Kami sekeluarga akan berjumpa dengan lelaki orang kurang upaya (OKU) dikenali sebagai Abang Man yang menjaga dan memberi makan kepada Azim,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan, Superinten­dan Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak itu jam 3 pagi sebelum mendapat maklumat daripada seorang lelaki mengatakan kanakkanak itu ada di sebuah kedai makan pada jam 11.45 malam kelmarin.

Pihak kami terus ke lokasi yang dimaklumka­n. Sebaik tiba, kami terus dibawa berjumpa kanak-kanak terbabit yang sedang duduk makan. Hasil siasatan mendapati, kanak-kanak itu menghabisk­an masa di kedai makan dan dijaga serta diberi makan oleh seorang lelaki OKU,” katanya.

FOTO

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran.

ABDUL Azim (dalam bulatan) dijumpai sedang makan di sebuah kedai makan.

CHONG KERETA BMW 320i dipandu mangsa yang terbabas lalu terbalik di tengah-tengah pembahagi jalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.