Pemandu BMW maut

Harian Metro - - Setempat -

Miri: Seorang pemandu BMW 320i maut selepas keretanya hilang kawalan lalu merempuh penghadang besi dan terbalik dalam kejadian di Jalan PujutMiri, di sini, pagi semalam.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Chong Yong Loi, 28, beralamat di Batu 2 Jalan Pujut-Lutong disahkan meninggal dunia di Hospital Miri selepas kejadian jam 3.50 pagi itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­dan Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Miri menuju ke kediamanny­a di Pujut.

“Setibanya di lokasi, kereta dipandu terbabas ke bahu jalan merempuh penghadang besi sebelum terbalik.

“Mangsa yang masih hidup diberi rawatan awal oleh pasukan paramedik sebelum disahkan meninggal di hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Alexson berkata, siasatan awal mendapati mangsa disyaki memandu dalam keadaan laju.

“Siasatan masih dijalankan dan akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

“Mayat mangsa masih berada di Unit Forensik Hospital Miri bagi pemeriksaa­n serta bedah siasat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.