Rumah pusaka 60 tahun musnah dalam kebakaran

Harian Metro - - Setempat -

Usaha lebih 60 tahun membina rumah sedikit demi sedikit hasil titik peluh keluarga musnah terbakar dalam sekelip mata.

Itu nasib enam sekeluarga yang kini terpaksa menumpang di rumah keluarga lain selepas rumah mereka di Kampung Boligo-Kolopis musnah terbakar, Ahad lalu.

Pemilik rumah, James Juanis Majamul, 51, berkata, ketika kejadian hanya bapanya yang berusia 90 tahun berada di rumah manakala dia dan keluargany­a sedang sibuk membersihk­an kebun buah-buahan di Kampung Babagon yang terletak beberapa kilometer dari rumahnya.

Katanya, dia mendapat tahu kejadian itu selepas dihubungi jiran yang memaklumka­n rumahnya sedang terbakar sebelum mereka sekeluarga bergegas pulang.

“Sebaik tiba, api sudah memusnahka­n hampir keseluruha­n rumah dan saya tidak sempat menyelamat­kan harta benda termasuk dokumen penting serta barangan berharga.

“Rumah pusaka ini menyimpan banyak memori keluarga kami. Dugaan ini sangat berat, namun saya bersyukur kerana bapa saya yang sudah lanjut usia selamat dari kejadian ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

James berkata, dia sangat buntu ketika ini dan berharap ada pihak yang tampil untuk membantu menghulurk­an sumbangan bagi memudahkan­nya mendirikan semula rumah untuk mereka sekeluarga.

Katanya, dia dan keluargany­a kini terpaksa bersesak di rumah adiknya kerana sudah tidak mempunyai pilihan lain.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurka­n sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1212 3410 0010 5713 atau menghubung­i James ditalian 017-8609737.

JAMES bersama dua anaknya melihat rumah mereka yang terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.