Rampas senjata

Harian Metro - - Setempat - Norasikin Daineh [email protected]

 Lapan ditahan dalam beberapa serbuan

Warga emas antara lapan yang ditahan dalam beberapa siri serbuan polis membabitka­n rampasan pelbagai jenis senjata api buatan sendiri di Ranau.

Rampasan dan tangkapan dibuat sepasukan pegawai dan anggota polis cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau pada 6 dan 7 Ogos lalu.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, tangkapan dan rampasan itu ekoran satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Kinaratuan, jam 2.30 pagi, 6 Ogos lalu.

Katanya, dalam serbuan itu, polis menahan tiga lelaki berusia antara 20-an hingga 60-an tahun bersama pelbagai jenis senjata api termasuk bakakuk, senapang angin dan pistol serta peluru selain beberapa peralatan membersihk­an senapang yang disimpan di rumah, stor dan sebuah pondok berhampira­n rumah berkenaan.

“Serbuan pertama dilakukan di rumah berkenaan dan dua lelaki ditahan berusia 61 dan 41 tahun bersama beberapa senjata api buatan sendiri.

“Hasil maklumat daripada dua tangkapan itu, polis turut membuat pemeriksaa­n di sebuah stor yang terletak di belakang rumah dan merampas pelbagai jenis bakakuk dan peralatan tangan dipercayai digunakan untuk membuat senjata api berkenaan.

“Maklumat lanjut membawa

kepada penemuan satu lagi pondok yang terletak kira-kira 105 meter dari rumah berkenaan dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 20-an serta merampas beberapa senjata jenis bakakuk, senapang angin, peluru dan telefon bimbit,” katanya, semalam.

Zaini berkata, susulan daripada tangkapan di Kampung Kinaratuan itu, polis membuat serbuan di beberapa rumah di Kampung Tanah Merah, Kampung Kapatahan Bundu Tuhan, Kampung Debut dan Kampung Lohan Ulu yang membawa kepada penahanan empat lelaki berusia 46 hingga 83 tahun.

“Dalam tangkapan ini, polis turut merampas pelbagai jenis senjata api termasuk senapang angin, revolver, remington serta pelbagai jenis peluru.

“Susulan rampasan itu, satu lagi tangkapan dibuat membabitka­n seorang anggota tentera berusia 30-an di Kem Tentera Lok Kawi untuk membantu siasatan dan dipercayai mereka adalah pembeli senapang yang dibuat suspek dalam tangkapan pertama,” katanya.

Katanya lagi, secara keseluruha­n rampasan adalah 22 laras pelbagai jenis senjata buatan sendiri termasuk remington, bakakuk, senjata guli buatan sendiri, revolver dan glock serta 1,600 peluru termasuk 612 butir peluru jenis 5.56 mm.

Zaini berkata, hasil siasatan membawa kepada pengakuan daripada suspek pertama bahawa sudah 25 tahun menjalanka­n aktiviti pembuatan senjata api buatan sendiri.

“Suspek mengaku menjalanka­n aktiviti itu sudah lama dengan cara meniru bakakuk dan pistol mainan. Setakat ini, suspek menjual 150 laras senjata api pelbagai jenis.

“Suspek mengambil tempahan daripada pembeli mengikut permintaan dan harga bermula RM800 sehingga RM2,800 mengikut kualiti dan jenis senjata yang diminta,” katanya.

ZAINI menunjukka­n senjata dan peluru yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.