Separuh jumlah penduduk Sarawak pada usia produktif Promosi destinasi

Harian Metro - - Setempat - Muhd Amirul Faiz Ahmad [email protected]

Sebanyak 43 peratus daripada 2.8 juta populasi penduduk Sarawak ketika ini adalah golongan belia yang berumur antara 15 hingga 40 tahun.

Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Roslawati Yahya berkata, golongan itu membentuk hampir separuh jumlah penduduk negeri ini dengan Kuching mencatat jumlah belia paling ramai iaitu 343,500 orang.

Beliau berkata, Miri pula mempunyai 188,600 belia, Sibu 147,300 manakala Limbang mencatat jumlah paling kecil iaitu 43,400 orang.

“Majoriti belia Sarawak terdiri daripada kumpulan etnik Iban iaitu seramai 332,500 orang diikuti Melayu 285,300 manakala Cina 257,900 orang,” katanya.

Beliau mendedahka­n angka itu ketika menyampaik­an taklimat pada Mesyuarat Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia Sarawak 2019 di sini.

Roslawati berkata, pecahan bangsa berdasarka­n bahagian pentadbira­n pula, belia Melayu paling ramai berada di Kuching iaitu 120,500, belia Iban paling ramai di Sibu iaitu 53,500, belia Bidayuh di Kuching seramai 58,000 dan belia Melanau di Mukah 31,600 orang.

Belia Cina di Kuching pula 108,400 dan di Sibu seramai 52,700 orang.

“Miri pula mencatatka­n belia kalangan Bumiputera lain paling ramai iaitu 30,600,” katanya.

Perangkaan mengikut jantina pula, belia lelaki paling ramai berada di Kuching iaitu 174,000 orang, diikuti Miri 103,200 orang manakala Sibu pula 76,300 orang.

Kuching turut mencatat jumlah belia perempuan paling ramai iaitu 169,3000 orang, Miri 85,400 manakala Sibu 71,000.

Sebanyak lima pesawat milik AirAsia membawa jenama Sarawak untuk dipromosik­an di enam negara Asia dan Indochina bagi tempoh setahun.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata kerajaan negeri akan terus melakukan kerjasama strategik demi memastikan negeri ini menjadi destinasi pilihan utama di rantau ini.

“Sepanjang kerjasama Sarawak Tourism Board (STB), kabin penyimpana­n membabitka­n lima pesawat berkenaan

akan memaparkan destinasi dan produk pelanconga­n unik, sekali gus meletakkan Sarawak sebagai destinasi paling meriah, mempersona dan menghiburk­an.

“Paparan keunikan itu mewakili budaya, alam semula jadi, pengembara­an, makanan dan perayaan yang ada di Sarawak,” katanya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching di sini, semalam.

Antara paparan menarik di kabin penyimpana­n itu turut merangkumi Tapak Warisan Dunia UNESCO, Taman Negara Mulu, Laksa Sarawak,

 5 pesawat AirAsia bawa jenama Sarawak

Pantai Tusan di Miri, Rainforest World Music Festivals dan bunga Raflessia.

Sebagai tambahan, keunikan Sarawak juga dipromosi dalam di 360 majalah dalaman dalam pesawat, selain paparan negeri ini di platform digital di klia2.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Salleh, berkata Sarawak melihat kerjasama strategik antara swasta-kerajaan mewujudkan jalinan dan inisiatif bersepadu bertujuan merancakka­n lagi Sarawak sebagai destinasi pilihan utama pelancong.

“Sarawak mempunyai banyak ‘mutiara tersimpan’ untuk diteroka dan kami melihat inisiatif melakukan promosi di pesawat memberi kesan signifikan demi meningkatk­an kesedaran dalam kalangan pelancong Asia dan Indochina berkenaan Sarawak,” katanya.

Antara destinasi lima pesawat berkenaan merangkumi Phuket, Chiang Mai di Thailand, Chennai, Kochi dan Kolkata di India, Ho Chi Min City, Danang danHanoi di Vietnam, Medan dan Jakarta di Indonesia, Phnom Penh dan Siam Rep di Kemboja, Chongqing, Hangzhou, Kunming dan Shenzhen in China, Bandar Seri Begawan, Brunei dan Singapura.

ABDUL Karim meninjau iklan Tahun Melawat Sarawak di dalam pesawat Airbus 320 milik AirAsia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.