Penduduk rumah panjang digesa ambil insurans

Harian Metro - - Setempat -

Penduduk rumah panjang di kawasan Telang Usan digesa mengambil insurans sebagai perlindung­an sekiranya rumah mereka terbakar atau terjejas oleh bencana alam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang Usan, Dennis Ngau berkata, beliau sedih apabila melihat mangsa kebakaran yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang mereka musnah dijilat api.

“Insurans ini adalah satu perlindung­an terhadap rumah atau kediaman selepas berlakunya kebakaran, banjir dan ribut.

“Memandangk­an kebakaran rumah panjang kerap berlaku sehingga memberi kesan dalam kehidupan masyarakat, saya saran penduduk ambil insurans perlindung­an yang disediakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Pampasan menerusi Pelan Insurans Allianz Skim Kampungku di Long Ikang, di sini, kelmarin.

Menerusi pelan terbabit, penerima akan mendapat pampasan berjumlah RM10,000 setiap seorang dengan bayaran premium serendah RM75 setahun.

DENNIS menyampaik­an cek pampasan kepada mangsa kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.