Tingkat usaha kesan kenderaan klon

Harian Metro - - Setempat -

Kuching: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarawak menggerak dan meningkatk­an usaha dengan mengadakan pemantauan berterusan bagi mengesan kenderaan klon di negeri ini.

Pengarah JPJ Sarawak, Mohd Syafiq Anas Abdullah berkata, kenderaan klon yang dikesan disita dan pemiliknya akan didakwa mengikut Seksyen 7 dan 108 Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Baru-baru ini, JPJ Sibu menyita tiga kenderaan klon dan jumlah kenderaan klon yang disita di Sarawak tidak seperti di Semenanjun­g Malaysia.

“Ini kerana kesukaran membawa masuk kenderaan terbabit yang memerlukan kargo dan jalan laut,” katanya selepas majlis penyembeli­han korban peringkat JPJ Sarawak di Surau An Nur JPJ Sarawak di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga akan terus menjalinka­n kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam Malaysia) bagi mengesan dan memeriksa kenderaan mewah menggunaka­n pendaftara­n nombor negara asing agar pemiliknya mematuhi undang-undang negara ini.

“Orang

ramai

yang mempunyai maklumat boleh menghubung­i JPJ supaya tindakan lanjut boleh diambil,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, JPJ Sarawak akan memperkena­lkan Sistem Bidaan Nombor Pendaftara­n Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) buat kali pertama bagi nombor pendaftara­n kenderaan QCK untuk Kota Samarahan dan QS... L untuk Sibu.

Beliau berkata, proses JPJeBid menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftara­n sehingga pembayaran dilakukan.

“Sistem ini juga membantu memperting­kat dan memperkema­skan pengurusan mengenai nombor pendaftara­n,” katanya.

CAPTION MOHD Syafiq Anas (berdiri, tiga dari kiri) bersama anggota JPJ Sarawak melapah daging korban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.