Madius sokong pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995

Harian Metro - - Setempat -

Presiden Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menyokong penuh pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 yang akan berkuat kuasa pada 9 September ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata walaupun bukan beragama Islam beliau sentiasa menyokong dan menghormat­i pindaan berkenaan yang sudah semestinya mendatangk­an kebaikan kepada semua penganut Islam di Sabah.

“Pindaan enakmen berkenaan membuktika­n bahawa kerajaan sangat mementingk­an soal agama kerana kerajaan mahu anak-anak muda atau generasi kini menerima ilmu berkaitan agama yang tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Raya Aidiladha Peringkat Gayang, dekat sini, malam kelmarin yang dihadiri 1,500 penduduk setempat.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2019 itu bagi mengadakan takrif agama Islam dan Ahli Sunnah Waljamaah selain menjadikan sebatan sebagai penalti bagi ajaran doktrin dan pelaksanaa­n upacara atau perbuatan berhubunga­n agama Islam yang bertentang­an dengan hukum syarak serta fatwa dikuatkuas­akan di negeri ini.

MADIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.