Simpan tesis

Harian Metro - - Setempat - Suzianah Jiffar [email protected]

 4,666 kerja pelajar diserah ke perpustaka­an negeri

Buat julung kalinya, sebanyak 4,666 hasil tesis pelajar institut pengajian tinggi (IPT) awam tajaan biasiswa kerajaan negeri Sabah diserahkan kepada Perpustaka­an Negeri Sabah untuk disimpan di perpustaka­an di negeri ini.

Tesis pelajar dari pelbagai universiti tempatan sebanyak 45 kotak itu membabitka­n hasil tesis sejak 2015 hingga tahun lalu.

Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Sabah, Moira David menyerahka­n tesis itu kepada Timbalan Pengarah Kanan Perpustaka­an Negeri Sabah, Maria Sinti di Ibu Pejabat Perpustaka­an Negeri di sini, semalam.

Moira berkata selama ini hasil tesis pelajar tajaan biasiswa kerajaan negeri disimpan di Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri (JPAN).

“Bagaimanap­un, selepas bahagian biasiswa kerajaan negeri diletakkan di bawah Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Sabah sejak Januari lalu, tesis ini tidak lagi disimpan di bawah JPAN.

“Oleh kerana hasil tesis ini hanya ada salinan di JPAN

dan pemiliknya, maka kita terfikir satu inovasi baharu iaitu untuk menyimpan hasil tesis ini di perpustaka­an di negeri ini.

“Apa salahnya kita kongsi semua bahan yang dihasilkan penerima biasiswa kerajaan negeri ini kepada orang ramai termasuk pelajar sekolah dan universiti, kakitangan kerajaan serta swasta dan juga penyelidik, untuk dijadikan panduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan tesis pelajar IPT awam tajaan biasiswa kerajaan negeri Sabah kepada Perpustaka­an Negeri Sabah di Bilik Mesyuarat Aras 8, Ibu Pejabat Perpustaka­an Negeri Sabah di sini.

Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi negeri, Ajijah Talip.

Tesis yang dihasilkan pelajar tajaan biasiswa kerajaan negeri itu membabitka­n pelbagai isu termasuk berkaitan sains, sosio-ekonomi, sastera dan pendidikan.

Sementara itu Maria berkata hasil tesis itu disimpan di perpustaka­an negeri di Pejabat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS), selewat-lewatnya tahun depan.

“Sebagai permulaan kita simpan di perpustaka­an negeri yang dibuka di PPNS selepas kerajaan negeri memberi satu ruang untuk dijadikan perpustaka­an yang kini dalam proses ubah suai.

“Kita mendapati PPNS adalah tempat yang strategik kerana berhampira­n dengan beberapa IPT awam. Selepas itu, kemungkina­n tesis itu disimpan juga di beberapa perpustaka­an lain di negeri ini,” katanya.

MOIRA (dua dari kanan) menyaksika­n simbolik penyerahan tesis pelajar IPT tajaan biasiswa kerajaan negeri Sabah daripada Ajijah (kanan) kepada Maria (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.