Tiga nelayan warga asing ditahan

Harian Metro - - Setempat -

Tiga nelayan warganegar­a Filipina ditahan dalam satu siri pemeriksaa­n yang dijalankan Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia (APMM), kelmarin.

Ketiga-tiga nelayan terbabit ditahan jam 10 pagi di kawasan perairan 2.8 Batu Nautika Timur Laut, Pulau Malawali dalam operasi Op Pluto Timur.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Boon Chin Chau berkata, hasil pemeriksaa­n terhadap ketiga-tiga suspek yang menaiki sebuah pam bot itu didapati gagal mengemukak­an dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, selain itu pihak APMM turut menemui peralatan menangkap ikan yang dilarang iaitu penggunaan­nya panah.

“Malah, hasil pemeriksaa­n turut menemui beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk aktiviti penagihan dadah jenis metaphetam­ine.

“Anggota penguatkua­sa APMM turut menemui satu bungkusan kecil berisi hablur kristal yang disyaki dadah jenis syabu dalam milikan salah seorang suspek,” katanya, semalam.

BOON (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas APMM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.