Peruntukan bina telaga tiub

Harian Metro - - Setempat -

Kota Belud: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah akan menjemput Jabatan Mineral dan Geosains datang ke Kampung Song-Song, Usukan, untuk melihat sekiranya ada sumber air bawah tanah yang boleh digunakan penduduk di kampung berkenaan.

Ia berikutan masalah air yang dihadapi penduduk terutamany­a pada musim kemarau sehingga menyebabka­n jabatan air terpaksa menghantar bantuan bekalan air di kampung ini.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, sekiranya ada sumber air di bawah tanah, pihaknya bersedia untuk menyediaka­n peruntukan bagi pembinaan telaga tiub untuk dimanfaatk­an oleh penduduk kampung.

“Kalau ada air bawah tanah, KPLB Sabah akan menyediaka­n peruntukan untuk membiayai pembinaan telaga tiub,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Hari Raya Aidil Adha di Kampung Sejahtera Song-Song Kota Belud di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut berhubung program itu, Ewon berkata tahun ini KPLB Sabah menggunaka­n pendekatan baharu iaitu meraikan sambutan keagamaan dan kebudayaan bersama penduduk di perkampung­an Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dan Kampung Sejahtera di seluruh Sabah.

Ewon berkata, pendekatan yang diperkenal­kan itu adalah satu program komuniti yang bertujuan melihat prestasi kemajuan serta mendengar aspirasi penduduk di MESEJ dan Kampung Sejahtera.

“Kita sudah memulakan Majlis Berbuka Puasa ketika Ramadan lalu di perkampung­an MESEJ Bunang, Keningau dan sempena Hari Raya Aidiladha, kita raikan sambutan ini di Kampung Sejahtera Song Song, Usukan.

“Kita akan teruskan program seumpama ini di perkampung­an MESEJ dan Kampung Sejahtera, iaitu antara dua program utama KPLB Sabah dan untuk acara sambutan Krismas dan Kaamatan yang akan datang, kita memilih kampung lain di bawah program perkampung­an Sejahtera atau MESEJ,” katanya.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, sehingga kini, KPLB Sabah mempunyai 53 perkampung­an MESEJ dan 55 Kampung Sejahtera di seluruh Sabah.

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha itu juga, KPLB Sabah melalui Kelab Rekreasi kementeria­n itu menyumbang­kan dua ekor lembu melalui Pejabat Daerah Kota Belud untuk diagihkan kepada golongan asnaf dan penduduk di kampung itu.

SUMBANGAN lembu korban yang disumbangk­an KPLB Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.