Harian Metro : 2019-08-14

Setempat : 18 : 18

Setempat

9 masjid rosak akibat tempias Taufan Lekima di Kedah 18 setempat Alor Setar: Sembilan masjid di seluruh negeri ini yang mengalami kerosakan akibat ribut tempias Taufan Lekima Jumaat lalu. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Datuk Abdul Rahman berkata, jumlah itu adalah laporan yang diterima daripada pejabat agama daerah setakat hari ini dan kerosakan yang dialami tidak terlalu serius. Katanya, ia hanya membabitka­n beberapa keping atap pada bahagian pakir kenderaan serta bumbung. A HARIAN METRO RAMDZAN MASIAM FOTO: Musim sibuk tukang rumah Lelaki dapat rezeki tambahan baiki rumah penduduk rosak dilanda Lekima  kepada jenis kerosakan, saiz rumah, dan barangan yang digunakan. Katanya, sehingga kini dia sudah menyiapkan tiga rumah selain menjangkak­an akan menyiapkan empat kediaman lagi dalam tempoh lima hari. “Sebenarnya cepat atau lambat rumah itu disiapkan juga bergantung kepada barang yang diperolehi. Kalau kilang dapat hantar awal, mungkin ia dapat siap cepat,” katanya. Ditanya adakah kediamanny­a terjejas akibat ribut, Isa berkata, hanya bumbung stor yang menyimpan barang pertukanga­n miliknya diterbangk­an angin tempias Taufan Lekima itu. “Stor saya sahaja yang rosak, tetapi itu pun saya sudah letakkan bumbung nipah dulu untuk digantikan sementara. Saya utamakan rumah pelanggan dahulu,” katanya yang mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai tukang rumah. Isa Ali, 52, berkata dia menerima banyak tempahan membaiki rumah daripada penduduk kampung itu sejak Sabtu lalu sehingga terpaksa menolaknya kerana kekangan masa dan tenaga kerja. “Ribut ini musibah, tetapi boleh dikatakan menjadi rezeki tambahan untuk saya. Sejak Sabtu lalu, saya terima banyak permintaan untuk baiki rumah tetapi saya tidak dapat ambil semuanya. “Saya cuma ambil tujuh tempahan sahaja, itu pun saya terpaksa panggil beberapa pekerja saya pulang bercuti awal kerana kurang tenaga kerja,” katanya di Kampung Sekolah Juru di sini, semalam. Isa yang mempunyai lapan pekerja berkata, kos untuk membaiki kediaman yang rosak akibat dibadai ribut sekurang-kurangnya RM3,000 bergantung Siti Sofia Md Nasir [email protected] Bukit Mertajam R ibut tempias taufan Lekima yang melanda Pulau Pinang dan beberapa negeri utara semenanjun­g Jumaat lalu, membuatkan seorang tukang rumah di Kampung Sekolah Juru di sini, tidak menang tangan menerima tempahan membaiki rumah yang rosak. FAKTA Kos untuk membaiki kediaman yang rosak akibat dibadai ribut sekurang-kurangnya RM3,000

© PressReader. All rights reserved.