Harian Metro : 2019-08-14

Minda : 20 : 20

Minda

20 minda Dr Aminudin Mansor A HARIAN METRO C Hidup sederhana abaran hidup pada masa sekarang adalah untuk mendapatka­n wang. Jika ada wang semuanya jadi. Jika tiada wang hidup tak bererti. Hal ini disebabkan semua barangan keperluan harian terpaksa dibeli terutama hidup di bandar. Hidup di kampung dan di desa juga perlu membeli barang keperluan harian. Selain itu, cabaran dan ujian hidup masa kini adalah kesibukan dengan kerja dan tugas di pejabat atau di tempat kerja serta kesesakan di jalan raya sehingga kebajikan keluarga kadang-kadang terabai. Begitu juga dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barang terutama makanan juga semakin mahal yang menjadi cabaran berkaitan perbelanja­an dalam kehidupan berkeluarg­a. Cabaran dan ujian hidup terkini seperti ditipu dan jadi mangsa sindiket penipuan untuk menunaikan haji, jerebu yang melanda dan menjadi mangsa ribut, terbabit dengan kemalangan maut, terkandas dalam kesesakan di lebuh raya untuk pulang ke kampung sempena Aidiladha adalah ujian daripada Allah untuk menguji kesabaran dan ketabahan hamba-Nya. Memetik pandangan Imam Hassan al-Bana yang mengatakan, kehidupan adalah cabaran. Kebahagiaa­n yang didambakan seluruh manusia sesungguhn­ya berpangkal dari dalam jiwa dan hati mereka. Oleh itu, penderitaa­n yang melingkung­i dan menghantui mereka sebenarnya akibat daripada musibah yang melanda hati dan jiwanya. Justeru, berkaitan dengan kehidupan iaitu bukan soal berapa lama kita hidup tetapi apa yang menjadi soal adalah bagaimana kita untuk meneruskan hidup dan kehidupan. Lantaran itu, rahsia hidup manusia bukan kehidupan itu sendiri melainkan tujuannya. Melalui keimanan, ibadah dan ketakwaan jalanilah hidup ini dengan sebaik-baiknya. Dalam kehidupan berkeluarg­a selain kewangan membesarka­n anak-anak juga adalah cabaran hidup. Anak-anak perlu mendapat pendidikan sewajarnya sekurang-kurangnya pandai mengaji, menjaga solat dan mendapat pendidikan hingga ke peringkat universiti untuk mendapat pekerjaan yang baik. Semuanya memerlukan perbelanja­an yang banyak dan ada yang terpaksa berhutang atau membuat pinjaman. Islam menekankan hidup di dunia perlu beramal dan bertakwa bagi meneruskan kehidupan di akhirat. Amalan di dunia adalah sebagai bekalan di akhirat. Justeru, Umar bin Al-Khattab menyatakan, semakin kurang keduniaan semakin bebas anda hidup. Hidup yang sederhana kepantasan, ketepatan dan juga hasil yang memuaskan melalui pekerjaan yang dilakukan. Dalam kehidupan di dunia banyak yang berhutang untuk menampung kehidupan dalam keadaan hidup dengan kos sara hidup tinggi. Lantaran itu, hidup sederhana dan tidak berhutang akan menjadikan hati dan jiwa lebih tenang. Jika boleh elakkan daripada berhutang terutama hutang yang di luar kemampuan. Berkaitan kebahagiaa­n hidup, Imam Al-Ghazali mengatakan berbahagia­lah orang yang membayar hutangnya dan membalas budi baik orang lain kepadanya. Dalam kehidupan ini indahnya hidup bersyariat jika dapat dilakukan dengan sempurna. Antaranya, hidup aman dengan jiran tetangga, dapat solat berjemaah di suarau atau masjid, melaksanak­an ibadah dengan tenang dan lapang, melaksanak­an syariat dan hubungan yang baik dalam masyarakat dengan adab bersahabat, berjiran dan bemasyarak­at. Justeru, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila Allah memberian kenikmatan kepada seseorang hendaklah dia pergunakan pertama kali untuk dirinya dan keluargany­a.” (HR Indahnya hidup bersyariat jika dapat dilakukan dengan sempurna. Antaranya, hidup aman dengan jiran tetangga, solat berjemaah di masjid, melaksanak­an syariat dan hubungan baik dalam masyarakat Kebahagiaa­n yang didambakan berpangkal dari dalam jiwa dan hati. Oleh itu, penderitaa­n yang menghantui mereka sebenarnya akibat daripada musibah yang melanda hati dan jiwanya lebih senang dan tenang. Ada pandangan mengatakan gajet dan telefon pintar kini mengubah kehidupan yang tenang menjadi sibuk, kehidupan yang lapang menjadi stres, kehidupan aman menjadi tidak tenteram lagi disebabkan terpaksa menjawab dan melayan pelbagai persoalan hidup dan juga melayan video atau berita yang dihantar kawan melalui telefon pintar yang kebanyakan­nya tidak penting. Hidup zaman sekarang memang sangat mencabar. Dari segi kewangan, ekonomi, sosial dan komuniti dan juga gaya hidup masyarakat setempat. Teknologi maklumat dan teknologi digital memainkan peranan penting dalam kehidupan pada masa kini, iaitu semuanya memerlukan Oleh Juragan

© PressReader. All rights reserved.