Harian Metro : 2019-08-14

Addin : 21 : 21

Addin

21 addin Laman Nurani Bersama Fadly Samsudin A HARIAN METRO K ita perlu sentiasa meletakkan keyakinan bahawa setiap doa yang dipanjatka­n kepada Allah SWT tidak akan ditolak. Apabila kita yakin Allah itu Maha Pemurah, Maha Kaya, tentu kita juga akan yakin Dia mampu memakbulka­n apa sahaja yang kita hajatkan. Sebab itulah kita dianjurkan berdoa dengan menggunaka­n nama-nama Allah yang baik mengikut keperluan doa itu. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Allah mempunyai namanama yang baik (yang mulia), maka serulah dan berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu.” Doa yang baik perlulah terarah untuk memohon kemaafan daripada segala dosa dan kesalahan yang dilakukan terhadap Allah SWT (Surah al-A’raf, ayat 180) Yakinlah apabila Allah SWT mengilhamk­an kita untuk berdoa, sudah tentu Dia akan menerima segala hajat dan permintaan kita. Bukan mudah untuk seseorang menggerakk­an hati dan lidahnya berdoa jika tidak mendapat hidayah Allah SWT. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Tuhanmu Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan, berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya permintaan itu.” (Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud)

© PressReader. All rights reserved.