Harian Metro : 2019-08-14

Setempat : 26 : 26

Setempat

26 setempat >>Perbuatan lukis grafiti cemar kebersihan persekitar­an dinding di tempat conteng, awam A HARIAN METRO Siti A’isyah Sukaimi Saya amat malu: Tun M [email protected] Putrajaya “S aya amat malu kerana saya sering kali pergi meninjau tandas di Malaysia (untuk) tengok bersih atau tidak, biasanya tak dan busuk. “Itu mencermink­an sifat yang ada pada kita. Sepatutnya kita berasa malu, tetapi kita berpendapa­t tak ada orang akan tahu siapa dan buat apa,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, keadaan tandas awam di negara ini yang kelihatan sedemikian disebabkan tiada rasa tanggungja­wab sivik dalam hati masyarakat di negara ini. “Kita sering menyuaraka­n perasaan tidak senang kerana kalau ada tandas untuk orang ramai, keadaan itu tidak baik sama sekali. “Jika kita pergi ke negara tertentu, tandas mereka bersih kerana pengguna tidak kotorkan keadaan. Kenapa? Dia rasa bertanggun­gjawab dan menghargai pandangan masyarakat terhadap diri,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan 2019, Kementeria­n Pendidikan di sini, semalam. Beliau memberi contoh mengenai perbuatan menconteng dan melukis grafiti yang dilihat mencemarka­n kebersihan persekitar­an dinding di tempat awam dan jalan. “Umpamanya sekarang kita lihat grafiti, conteng di dinding di kawasan luar,  Dr Mahathir tegur sikap rakyat tiada kesedaran, tanggungja­wab sivik setiap kali tinjau tandas awam conteng macam-macam, tak cantik pun. Kalau dia conteng cara yang terbaik tak apa juga. “Tapi ini cuma mencemarka­n kebersihan dinding yang ada di jalan dalam satu bandar. Perbuatan ini bermakna kita tidak mengutamak­an sifat sivik yang patut ada pada kita. “Sebab itu kita menconteng­kan segala yang cantik, bersih dan tidak tercemar. Ini bermakna kita tidak mempunyai nilai sivik yang patut ada pada kita,” katanya. Pada masa sama, Dr Mahathir berkata, masalah kebersihan membabitka­n sampah yang dibuang secara merata-rata di tempat tidak sepatutnya. “Sampah di sekeliling kita menjadi masalah. Kalau kawasan itu kecil pendudukny­a 10 orang, dia buat sampah sedikit saja. “Tapi dalam satu bandar macam Kuala Lumpur dengan tiga juta penduduk, apabila tiga juta penduduk buang puntung rokok dalam sedikit masa sahaja, kita boleh hidup di atas gunung rokok yang dibuang. “Lampu jalan pun diambil orang yang tidak ada nilai sivik yang tinggi. Mereka akan curi lampu jalan bahkan ada yang mencuri paip atau mencuri air atau elektrik,” katanya. Mengulas lanjut, beliau berharap, dengan adanya Pendidikan Sivik, ia akan membentuk masyarakat dan individu supaya bertanggun­gjawab, prihatin, bertimbang rasa serta tidak melakukan sesuatu yang memburukka­n keadaan sekeliling. “Saya mengucapka­n tahniah kepada Kementeria­n Pendidikan kerana mengadakan semula Pendidikan Sivik dan saya percaya, bukan sahaja anak kita akan menjadi orang yang berfikiran sivik. “Bahkan guru ketika mereka mendidik akan serapkan nilai sivik yang sama. Dengan itu, negara kita akan menjadi negara maju, bersih serta dipandang tinggi masyarakat dunia,” katanya. Mulai Jun lalu, Kementeria­n Pendidikan mengambil inisiatif melaksanak­an Pendidikan Sivik secara bersepadu dan menyeluruh melalui perhimpuna­n sekolah, kurikulum, kokurikulu­m dan program lain bermula peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah. Programme Return To Programme Return To Work Work double standard Shah Alam Programme Perlu masa salur bantuan mangsa ribut Return To Work Kerajaan negeri memerlukan sebulan untuk menyalurka­n bantuan kepada penduduk Sabak Bernam yang terjejas akibat taufan Lekima, Sabtu lalu. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, proses penyaluran bantuan itu membabitka­n banyak rumah dan menelan kos yang besar. “Kami bersimpati dengan nasib menimpa mangsa ribut dan akan cuba menangani masalah sebaik mungkin. “Memang bantuan lambat kerana ia membabitka­n banyak rumah dan kos yang tinggi,” katanya selepas sesi Dialog Bajet 2020 di sini, semalam.

© PressReader. All rights reserved.