Harian Metro : 2019-08-14

Bisnes : 29 : 29

Bisnes

29 14-08-2019 HARIAN METRO “ Syarifah Dayana Syed Bakri dan Siti A’isyah Sukaimi [email protected] Sepang T ransformas­i Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ke arah Airport 4.0 akan mengguna pakai teknologi terkini seperti pengenalan wajah, analisis data raya dan Internet benda (IoT). Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menyedari sektor penerbanga­n negara mengalami perubahan ketara. “Teknologi yang diguna pakai ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Malaysia dalam ekonomi global yang serba mencabar,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-21 KLIA di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke; Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Tan Sri Zainun Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin. Menurutnya, berdasarka­n jangkaan Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA), jumlah penumpang udara mampu mencapai dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun lagi. “Malah, jumlah trafik penumpang juga akan meningkat pada kadar purata 5.3 peratus setahun sehingga 2045.

© PressReader. All rights reserved.