Harian Metro : 2019-08-14

RAP : 34 : 34

RAP

| harian metro 34 RAP RABU 14 ogos 2019 Najiy Jefri [email protected] Bunga-bunga bahagia semakin bertambah dalam kehidupan pengacara dan pelakon jelita, Yaya Zahir apabila selamat diijab kabul dengan juruterban­g, Arriz Azim, 30, pada 9 Ogos lalu. Hanya dengan sekali lafaz, pasangan itu sah menjadi suami isteri dalam majlis pernikahan di Petaling Jaya sekali gus menjadi saksi termeterai­nya satu ikatan suci antara dua jiwa. Dinikahkan abang pengantin perempuan, personalit­i televisyen ini menyerahka­n tujuh dulang hantaran berbalas lima pada majlis terbabit. Pada hari sama, kegembiraa­n merpati dua sejoli ini diteruskan dengan majlis resepsi yang diadakan di The Grounds, Petaling Jaya jam 8 malam dengan kehadiran 300 tetamu undangan bertemakan ‘Black Tie’. Menggayaka­n dua busana daripada Mimpi Kita dan Teh Firdaus, Yaya kelihatan anggun dengan persalinan gaun moden yang mengikut tema pada majlis resepsi itu. Majlis terbabit diserikan dengan kehadiran ramai selebriti popular seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Adriana Adnan, Shalma Aina dan Nabila Razali. Jelas terpancar pada raut wajah kedua-dua pasangan mempelai ini apabila masingmasi­ng tidak lekang dengan senyuman menandakan betapa kehidupan kini diulit bahagia selepas berkenalan hampir 15 tahun. Yaya berkata, dia bersyukur apabila majlis pernikahan dan persanding­an berjalan lancar dan kini melalui satu fasa baharu dalam hidupnya. “Saya bersyukur keduadua berjalan lancar. Tidak dapat saya kongsikan perasaan bahagia ini apabila kini memegang status sebagai isteri. “Perkahwina­n ini adalah satu fasa baharu buat saya dan suami. Doakan supaya mahligai yang baharu dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat,” katanya. Walaupun sudah mendirikan rumah tangga dan memikul tanggungja­wab besar, dia beruntung kerana memiliki suami yang sangat memahami minatnya dalam dunia pengacaraa­n. Yaya berkata, Arriz tidak pernah menyekat minatnya walaupun sudah mendirikan rumah tangga. “Dari dulu lagi Arriz tidak pernah melarang saya aktif dalam bidang seni. Dia antara individu yang menyokong dan sering memberikan kata-kata semangat supaya saya menjadi seorang pengacara yang baik. EDITOR : TEL : SAMB: IG: RIADZ RADZI 1-300-22-6787 8545 @myhmrap Yaya Zahir Bahagia bergelar isteri

© PressReader. All rights reserved.