Harian Metro : 2019-08-14

RAP : 35 : 35

RAP

| harian metro RABU 35 RAP 14 ogos 2019 FOTO IHSAN EFFIE IZWAN “Dia juga faham dengan kehidupan dunia glamor ini yang adakalanya perlu bekerja sehingga lewat malam. Namun, sebagai isteri saya perlu bijak membahagik­an masa antara kerjaya dan keluarga,” katanya. “Saya tidak perlukan kehidupan yang bermewahme­wah, cukuplah sekadar dia ada untuk saya dan membimbing menjadi seorang insan lebih baik,” katanya. Dia juga faham dengan kehidupan dunia glamor ini yang adakalanya perlu bekerja sehingga lewat malam. Namun, sebagai isteri saya perlu bijak membahagik­an masa antara kerjaya dan keluarga Bulan madu sama ada di Turki atau Jepun Suami romantik Menyentuh mengenai keperibadi­an Arriz, Yaya berkata, suaminya seorang yang pendiam tapi romantik. “Tipulah sepanjang 15 tahun berkawan kami tidak melalui detik sukar dalam perhubunga­n, tapi saya beruntung memiliki Arriz yang tidak pernah berhenti menyayangi dan mencintai saya. “Arriz orangnya sangat pendiam tapi dia tahu menyesuaik­an dirinya ketika bersama saya dan rakan. Pada masa sama dia juga seorang yang romantik. Bercerita mengenai destinasi berbulan madu, Yaya berkata, mereka belum memilih lokasi dan masih mencari destinasi sesuai untuk mereka bercuti dan menghabisk­an masa bersama. “Sebenarnya kami sudah ada destinasi berbulan madu tapi belum membuat keputusan. “Kami sebenarnya dalam dilema untuk pergi ke Istanbul, Turki atau Jepun kerana kami teringin teroka budaya dan kehidupan di sana,” katanya. YAYA

© PressReader. All rights reserved.