Harian Metro : 2019-08-14

RAP : 37 : 37

RAP

| n metro 37 RAP ogos 2019 kasih atas sokongan yang tidak berkesudah­an. Kami sangat menghargai­nya dan sentiasa cuba tampil dengan lagu berkualiti dan menepati selera pendengar,” katanya. Melihat kepada sambutan peminat, ia satu cabaran besar buat mereka untuk menghasilk­an lagu seterusnya dengan lebih baik dan susunan muzik yang berbeza bagi menunjukka­n kematangan Floor 88. beberapa rangkap lagu balada. Ia mengundang pertanyaan dalam kalangan peminat sekali gus membuat jangkaan ia adalah lagu seterusnya yang bakal dilancarka­n. Ada juga yang mencadangk­an Floor 88 merakamkan lagu itu dan menjadikan­nya sebahagian daripada senarai lagu yang mereka nyanyikan. Mereka mengaku ada sedikit rasa gusar apabila menyanyika­n lagu balada kerana Floor 88 dikenali dengan muzik rancak. Mereka bimbang ada segelintir peminat yang tidak dapat menerima Floor 88 menyanyika­n lagu melankolik. Achoi yang juga penulis lirik lagu Floor 88 berkata, mereka sendiri tidak pasti sama ada akan tampil dengan lagu balada dalam masa terdekat atau memberikan lagu itu kepada penyanyi lain. “Kami perasan ada peminat tertanya-tanya mengenai lagu babak akhir itu dan mereka minta kami keluar dengan lagu itu. Bagaimanap­un, kami sendiri tidak tahu sama ada akan hasilkan lagu balada atau tidak. “Bagaimanap­un, semua bergantung kepada pihak pengurusan. Kalau dinasihatk­an dan disarankan untuk tampil dengan lagu balada, kami akan cuba. Tapi, tidak tahu lagu yang mana akan kami nyanyikan. Mungkin lagu itu atau lagu lain. “Kami harap, apabila tiba masa kami keluarkan lagu balada peminat akan tetap memberikan sokongan padu serta menambat penggemar muzik lain,” katanya. Ayie berkata, mereka mengekalka­n Achoi sebagai penulis lirik dan penggubah lagu kerana belum bertemu karya yang sesuai dengan identiti mereka daripada komposer lain. Bagaimanap­un, Floor88 terbuka dan sentiasa mengalu-alukan karya daripada manamana komposer lain. Mereka juga ingin cuba menyanyika­n hasil ciptaan penggubah lain. “Bukannya tidak pernah mencuba. Kami pernah dapat lagu yang menarik, tetapi tak sesuai dengan Florr 88 dan ia bukan identiti kami. Jadi, setakat ini Achoi yang hasilkan lagu kami. “Namun, bukanlah bermaksud kami tidak terima karya penggubah luar. Kami sentiasa alualukan dan jika ada rezeki, kami juga ingin cuba menyanyika­n hasil ciptaan komposer lain,” katanya. Peminat tertanya-tanya Pada babak akhir video muzik Hutang, diselitkan Terima kasih atas sokongan yang tidak berkesudah­an. Kami sangat menghargai­nya dan sentiasa cuba tampil dengan lagu berkualiti dan menepati selera pendengar ERIC

© PressReader. All rights reserved.