Harian Metro : 2019-08-14

Nuansa : 42 : 42

Nuansa

| harian metro 42 nuansa rabu 14 ogos 2019 EDITOR : TEL : E-MEL: HARTINI MOHD NAWI 1-300-22-6787 8770 [email protected]­o.com.my SAMB: ‘mutiara’ di samudera Masyarakat berbilang suku dan kaum hidup harmoni, gotong-royong bina Bagang Pacak Shahrul M Zain Mata terpaku melihat perubahan tiga warna alam hanya dalam satu jam perjalanan dengan bot bagaikan layar gergasi berlatarka­n suasana indah matahari terbenam. Sesekali kedengaran bunyi ombak menghempas lantai bot dan angin yang bertiup dingin. Sesekali juga terpandang struktur binaan kayu bersegi empat yang berdiri teguh biar pun hempas gelora ombak kecil. Struktur binaan ini dikenali sebagai Bagang Pacak oleh masyarakat tempatan. Bagang adalah signifikas­i kepada daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas selain industri pengeluara­n ikan bilis di Pantai Barat Sabah. Bagang Pacak banyak dilihat di pesisiran pantai ini dan Bagang umpama sebuah bank di laut yang memerlukan nelayan berusaha membuat pelaburan bijak dalam industri ikan bilis di pasaran tempatan sehingga Semenanjun­g dan ada yang dieksport ke luar negara seperti Brunei dan Singapura. Bagi nelayan seperti Harri yang lebih 20 tahun bergeluman­g dengan dunia laut sangat bergantung kepada hasil ikan bilis daripada bagang tradisiona­l miliknya yang dibina hasil usaha bersama masyarakat tempatan secara bergotong-royong. Berbekalka­n bimbingan dan bantuan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), nelayan bilis dan pengusaha bilis kini mampu meningkatk­an pengeluara­n serta menjamin kualiti produk mereka ke tahap yang lebih baik memandangk­an permintaan yang tinggi terhadap ikan bilis. shahrulzam­[email protected] mediaprima.com.my Menyusuri Tanjung Senimpul, Pitas, Sabah menaiki bot bersama nelayan, Harri Demang, 59, sambil menyaksika­n keindahan alam semula jadi sukar diungkapka­n dengan kata-kata. Ia menjadi satu pengalaman paling bermakna.

© PressReader. All rights reserved.