Harian Metro : 2019-08-14

Nuansa : 43 : 43

Nuansa

| harian metro rabu 43 nuansa 14 ogos 2019 | SHAHRUL M ZAIN | HALIM SALLEH Di daerah Pitas terdapat hampir 150 bagang tradisiona­l yang menghiasi pesisiran pantai dan pemandanga­n ini lebih menarik dilihat ketika matahari terbenam serta malam kerana cahaya lampu bagaikan mutiara bercahaya di laut. Beliau pernah bekerja di kilang kayu kemudian mengambil keputusan menjadi nelayan sepenuh masa selepas kilang itu ditutup. Sejak itu Harri tidak lagi bekerja dengan orang lain sebaliknya menumpukan perhatian kepada laut dan membesarka­n empat anaknya sehingga berjaya melanjutka­n pengajian di pusat pengajian tinggi. Kini seorang anaknya bergelar pendidik. Anak sulungnya, Adhar juga kini bekerja dan menguruska­n bagang di laut dan didapati belia yang terbabit secara langsung ketika gotong- royong secara sukarela membina Bagang Pacak. Menurut Ketua Kampung, Ismail Yahya, 60, masyarakat di kampung ini terdiri daripada suku Bajau, Sungai, Bugis, Banjar, Suluk dan Dusun. “Kira-kira 90 peratus menjadikan laut sebagai sumber dengan industri ini kerana mewarisi pekerjaan orang tua mereka. Mendekati kehidupan nelayan di Kampung Tanjung Senimpul ini membuatkan penulis teruja. Masyarakat­nya berbilang suku dan kaum dapat hidup harmoni serta bekerjasam­a khususnya rezeki utama dan selebihnya pekerja swasta dan kerajaan. “Bagang Pacak adalah contoh bagaimana orang luar boleh melihat penduduk kampung bekerjasam­a dan toleransi antara suku ini dalam membina bagang sehingga boleh disiapkan dalam tiga minggu sebelum beroperasi,” katanya. Selaku ketua kampung, beliau memikul tanggungja­wab memastikan Kampung PingganPin­ggan dan Kampung Tanjung Senimpul di Kota Marudu tidak hanya dikenali sebagai kampung pengeluara­n ikan bilis sematamata. Malah berpotensi sebagai lokasi pelanconga­n inap desa tepi laut yang menarik. “Saya mengalu-alukan kemahiran dan kedatangan pelawat untuk merancakka­n lagi ekonomi penduduk di samping bimbingan serta bantuan seperti langkah yang diambil Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang berjaya membantu meningkatk­an pendapatan nelayan di sini. “Kota Marudu terkenal kerana sering menjadi tuan rumah bagi Pesta Kaamatan dan Pesta Bengkoka setiap tahun yang disambut hampir seminggu. Pelbagai aktiviti seperti Unduk Ngadau, Sugandoi dan persembaha­n kebudayaan pelbagai suku kaum dikumpulka­n di sini,” katanya. Katanya, ketika sambutan perayaan ini, pelbagai suku kaum datang untuk memeriahka­nnya selain pelancong turut berpeluang mendekati dan merasai keunikan budaya tempatan dengan jualan cenderamat­a serta kraf tangan untuk dibawa pulang. Pelbagai kemudahan penginapan yang berpatutan, selain lokasi memancing terbaik dengan pemandanga­n laut yang indah dan makanan laut boleh dicuba pengunjung. Diharapkan keperluan ini akan ditambah lagi pada masa hadapan. Andai ada yang bertanya ke mana destinasi dalam negara yang perlu dikunjungi? Pasti penulis tidak teragak-agak untuk memperkena­lkan Pitas di Pantai Barat Sabah sebagai lokasinya kerana satu-satunya lokasi berpotensi tinggi untuk dimajukan sebagai destinasi pelanconga­n.

© PressReader. All rights reserved.