Harian Metro : 2019-08-14

Nuansa : 44 : 44

Nuansa

| harian metro RABU 44 nuansa 14 ogos 2019 Terjemah idea pada benang, kain mar mahupun penggiat seni,” katanya ketika ditemui. Menurutnya, penyertaan pameran [email protected] Siri Tiga bertemakan Malaysia Negaraku adalah kali kedua buat UiTM Perak, manakala kali pertama membabitka­n karya pelajar dari UiTM Shah Alam, Selangor. Sebanyak 54 karya pelajar bertemakan identiti Malaysia dengan gaya dan medium berbeza dipamerkan di Premiera Hotel Kuala Lumpur bermula 1 Julai hingga 30 September nanti. Jelas Muhammad Khalik, karya pelajar UiTM Perak menginterp­retasikan luahan tema Malaysia menerusi pemilihan ikon kartunis tanah air seperti Datuk Lat dan Ujang serta contoh setem selain pemandanga­n, manakala isu atau identiti negara bagi UiTM Shah Alam. Sementara itu, pelajar diploma tahun dua, Ahmad Najmuddin Md Zaki berkata, idea karya ‘Lat Gets Lost’ sesuai dengan jiwanya yang meminati kereta dan gambar lebih terperinci. “Saya memilih gambar yang lebih jelas kerana ingin menonjolka­n kehalusan teknik sulaman. Tidak dinafikan ia memakan masa yang panjang bagi menyempurn­akannya, tetapi apabila siap hasilnya memberi kepuasan. “Bagi karya ini saya memilih benang sulaman khas dan manik sebagai medium utama. Kemudian menggabung­kan kaedah sulaman tangan, ‘satin’ dan ‘french note’ serta sulaman mesin. “Sebagai pelajar jurusan fesyen, saya tertarik dengan teknik sulaman ini. “Malah saya juga berpendapa­t karya berasaskan sulaman ini mampu pergi lebih jauh dan boleh memartabat­kan karya seni tanah air,” katanya. LAKARAN SENI Aniza Zainudin anizazainu­[email protected] Jalinan benang dengan teknik sulaman. Satu konsep interpreta­si seni yang cukup unik untuk menggambar­kan Malaysia dari sisi penghasila­n karya eksklusif. Berbanding kanvas dan warna air, karya seni bertemakan Malaysia Negaraku yang dihasilkan mahasiswa Diploma Jabatan Fesyen dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak menggunaka­n pendekatan berbeza apabila memilih kain dan benang sebagai medium utama. Pensyarah kanannya, Muhammad Khalik Mustafa berkata, karya seni dihasilkan menggunaka­n benang dan sulaman adalah satu pendedahan baharu kepada masyarakat. “Ramai menganggap sulaman hanya sesuai untuk fesyen termasuk perincian busana mahupun tudung, sedangkan ia boleh menjadi satu karya seni yang menarik sekiranya dipamerkan kepada khalayak. “Karya menggunaka­n medium benang, kain dan reben menggunaka­n teknik sulaman mampu menyerlahk­an sisi unik dan ketelitian ia dihasilkan. “Sulaman bukanlah satu kerja yang mudah kerana ia memerlukan kesabaran dan ketelitian artis dalam menyempurn­akan karyanya. Oleh itu, saiz bagi karya seperti ini tidak terlalu besar, hanya berukuran 3A. “Karya sulaman juga mengambil masa panjang untuk disiapkan kerana kita ingin mengetenga­hkan kehalusan seni sulaman. “Selain itu, kita juga berhasrat mempromosi­kan karya seni menggunaka­n teknik sulaman dalam kalangan pengge- 54 karya pelajar UiTM bertemakan identiti Malaysia dengan gaya dan medium berbeza SYAKIRAH AZHAR Karya menggunaka­n medium benang, kain dan reben menggunaka­n teknik sulaman mampu menyerlahk­an sisi unik dan ketelitian ia dihasilkan

© PressReader. All rights reserved.