Harian Metro : 2019-08-14

Hati : 49 : 49

Hati

| harian metro RABU 49 hati 14 OGOS 2019 SHARUL HAFIZ ZAM Siapa sangka, selepas bersalin anak bongsu, berat badan wanita ini terus naik sehingga dia disahkan mengalami serangan jantung pada 2016. “Salah satu salur darah ke jantung sudah 70 peratus tersumbat, dengan dua lagi 30 peratus dan 20 peratus tersumbat. Doktor menasihatk­an saya menjalani angiogram dan angioplast­i untuk membuka salur darah yang tersumbat itu. “Akur dengan nasihat doktor, saya jalani kedua-dua prosedur pada Disember 2017. Alhamdulil­lah, pembedahan berjalan lancar. Selesai prosedur, tinggal dua lagi salur yang masih tersumbat dan saya terpaksa bergantung hidup dengan menelan belasan jenis ubat sebelum berusia 40 tahun,” katanya. SILAP SENDIRI Wanita ini nekad mengusahak­an yang terbaik. Dia sentiasa terkenang anak yang masih kecil dan bersekolah, terbayangk­an kematian semakin menghampir­i. “Semua ini berlaku atas silap sendiri, tidak menjaga pemakanan, tidak bersenam. Penyakit jantung bukan perkara kecil yang boleh diabaikan. “Awal September 2018, saya hadir temu janji doktor. Ujian darah sangat teruk dan saya dikatakan mempunyai masalah hati berlemak. Doktor mengambil berat kerana saya menunjukka­n tandatanda boleh mengalami serangan jantung sekali lagi jika gagal mengurangk­an berat badan dan lemak pada hati. “Biarpun buntu, saya tetap berusaha mencari penyelesai­an. Saya rujuk Internet, mencuba segala jenis diet, sehinggala­h bertemu muat naik Facebook jurulatih kecergasan, Rohani Yaman. “Menariknya, Rohani memberitah­u sesiapa yang mahu kurus masih boleh makan nasi dua kali sehari. Kebetulan saya memang jenis lidah Melayu yang perlu makan nasi setiap hari. Jadi, saya terus mendaftar untuk mengikuti bimbingan secara dalam talian,” katanya. Jelas Mariyatul Adawiyah, dia mengikuti program dalam keadaan separa sedar dan tidak meletakkan harapan tinggi untuk menurunkan berat badan dengan banyak. “Memang sukar pada awalnya sebab kita sudah terbiasa makan tanpa kawalan dan had waktu. makin menyusut,” katanya. Satu perkara yang membuatkan wanita ini teruja dan memanjat rasa syukur tidak terperi apabila keputusan darah diperolehi sangat memberangs­angkan. “Alhamdulil­lah, setiap kali temu janji doktor, bacaan darah stabil, gula cantik, kolesterol menurun. Tiada lagi kaki bengkak, sakit kepala, atau kebas pada tangan dan kaki. “Daripada menelan 16 jenis ubat, sekarang saya cuma makan lima jenis saja. Penukaran gaya hidup yang sangat memuaskan dari segi rohani dan jasmani. “Ini semua hasil dorongan suami. Dia pada mulanya sangat skeptikal apabila saya ikut kelas atas talian. Namun, selepas melihat perubahan saiz dari 3XL ke XS tanpa ubat atau makanan tambahan, suami memang beri sokongan penuh,” katanya yang gembira menjadi bualan pengguna gimnasium kerana mampu kurus. Mengubah tabiat buruk memang sukar. “Saya nekad teruskan sebab dalam waktu percubaan selama 10 hari itu ada perubahan pada angka mesin penimbang, ada penurunan padahal makan nasi seperti orang lain. “Melihat hasil positif, saya disiplinka­n diri. Saya tukar pemikiran separa sedar kepada sedar akan perubahan yang berlaku. Saya buat log makanan dan senaman serta ambil gambar setiap hidangan bermula sarapan sampailah makan malam. “Saya paksa diri bersenam setiap hari. Mula dengan senaman ringan di rumah seperti yang diajar oleh jurulatih seperti lompat bintang, plank dan squat,” katanya. Katanya, permulaan usahanya memang cukup ‘seksa’ kerana badan masih berat. Tambahan dengan masalah jantung berdegup kencang setiap kali bersenam. “Saya diajar untuk membuat sedikit pengubahsu­aian pada senaman. Selama tiga bulan saya disiplinka­n diri dengan menjaga pemakanan. Saya masak sendiri, kurangkan penggunaan minyak, garam dan gula. “Tidak cukup dengan itu, saya baik pulih pantri dan kabinet makanan. Segala jenis makanan kurang sihat diasingkan dan diberi kepada orang lain. Itu langkah pertama. “Langkah kedua, saya dan suami elakkan makan di luar dan pada lewat malam kerana ini memang salah satu penyumbang kegemukan saya. Selepas itu, saya penuhkan peti sejuk dengan makanan sihat seperti sayur, buah, ikan dan ayam segar. “Saya juga banyak berjalan. Setiap hari akan berjalan laju di Taman Lagenda Langkawi. Tidak kira hujan atau panas, dari hanya 2,000 langkah sehari, saya berjaya mencapai 30,000 langkah sehari. Saya anggap ini adalah kejayaan untuk saya yang sudah pun berusia 40an,” katanya tersenyum. Kemuncak usahanya, Mariyatul Adawiyah berjaya mendapatka­n Indeks Jisim Tubuh (BMI) ideal pada minggu ke-14 dia mengikuti kelas bersama jurulatih sama. “Saya mendapat berat idaman pada minggu ke-20, bersamaan 8 Februari 2019 iaitu 55.5 kg. Jangkamasa dari Obes Kelas II ke BMI normal berjaya diraih dalam tempoh tiga bulan, manakala berat idaman dicapai dalam masa lima bulan. “Syukur, sekarang saya dalam fasa mengekalka­n berat badan. Ia lebih mencabar kerana saya perlu tahu jumlah kalori harian yang diperlukan. Selain itu, saya juga masih kekalkan pemakanan sihat mengikut saranan kementeria­n kesihatan iaitu Suku Suku Separuh. Cuma protein dan serat dilebihkan sedikit. “Saya bersenam sekurang-kurangnya tiga jam sehari. Sejam untuk kardio dan bakinya untuk kekuatan tubuh. Latihan ini penting untuk memastikan badan tidak menggelebe­r apabila berat

© PressReader. All rights reserved.