Harian Metro : 2019-08-14

Hati : 51 : 51

Hati

| harian metro RABU 51 hati 14 OGOS 2019 Intan Mas Ayu Shahimi [email protected] Epal antara buah yang kerap menjadi pilihan masyarakat Barat untuk melengkapk­an hidangan masakan. Uniknya, buah ini menawarkan rasa berbeza jika dimakan begitu saja atau dimasak. Musim perayaan ini, Heartland Group memperkena­lkan gabungan cita rasa antarabang­sa dalam cara masakan Malaysia sempena pelancaran kempen Amboi Ambrosia. Kempen ini memberi peluang kepada pengguna untuk memperluas­kan aspek kulinari mereka dengan mempamerka­n kreativiti menggunaka­n epal ambrosia dalam masakan klasik Malaysia. Pengurus Besar Heartland Fruit, Brendon Osborn berkata, pihaknya sangat teruja melancarka­n kempen berkenaan bersama rakan kongsi dari GCH Retail Malaysia. “Malaysia adalah antara pasaran terbesar dan kami percaya dapat membawa lebih banyak rasa hebat dan enak kepada pelanggan di sini dengan berkongsi cara menggunaka­n epal ambrosia dalam masakan tempatan,” katanya. Menariknya pelancaran kempen turut disempurna­kan dengan kehadiran Datuk Cef Redzuawan Ismail atau Cef Wan. Beliau mempamerka­n tiga hidangan tradisiona­l Malaysia yang digabungka­n dengan epal berkenaan. Antara hidangan enak yang diilhamkan daripada sejarah masakan Malaysia adalah kerabu sotong panggang ambrosia, sup tomyam labu Ambrosia dan acar ambrosia berempah. Ditemui di British Columbia, Kanada dan kini ditanam di New Zealand, epal ini terkenal dengan rasa manis madunya, tekstur halus dan rangup. Ia juga mudah dikenali dengan ciri utamanya yang berkulit halus, berwarna merah jambu terang dengan aroma menyenangk­an. Lebih menarik, buah ini dikatakan hasil kerja ajaib lebah ketika proses pendebunga­an. ACAR EPAL AMBROSIA BAHAN: 5 biji epal ambrosia, dipotong dadu 3 sudu makan mentega

© PressReader. All rights reserved.