Harian Metro : 2019-08-14

Klassified­s : 62 : 62

Klassified­s

C62 1klassifie­ds RABU, HM 14 OGOS, 2019 Advertoria­l PROGRAM KESIHATAN PERSEKITAR­AN SEBAGAI HALUAN PENDIDIKAN TINGGI Oleh: Mohamed Zul Fadhli Khairuddin Dari aspek manfaat kepada negara, masyarakat yang memiliki pengetahua­n dan kesedaran tentang pentingnya Kesihatan Persekitar­an ini pasti dapat mengubah kondusi kesihatan ke arah yang lebih sejahtera. Contohnya, dalam aspek pengawalan kes demam denggi yang sekian tahun semakin meningkat mampu diatasi sekiranya kita semua sedar bahawa pengawalan bermula dari penjagaan kebersihan di persekitar­an kita. Begitu juga, dalam aspek keselamata­n makanan, pengguna yang tinggi kesedaran boleh menjadi pelapor kepada pihak berautorit­i supaya para peniaga lebih berintegri­ti dalam penyediaan dan penjualan produk makanan. Penguranga­n kes-kes kesihatan sebegini akan memberi impak positif kepada kos pengurusan kesihatan negara. Malahan, jika diambil pengajaran dari kes pencemaran di Pasir Gudang tempoh hari, masyarakat boleh menjadi lebih peka sekiranya persekitar­an sekeliling mereka terdedah kepada potensi risiko dan terdapatny­a simptom kesihatan. Ini semua adalah antara intipati bidang Kesihatan Persekitar­an yang cukup signifikan kepada kehidupan kita seharian. Kebelakang­an ini, isu pencemaran alam sekitar sehingga memudaratk­an kesihatan manusia telah menarik perhatian ramai pihak. Umpamanya, kes pencemaran di Selatan tanahair ibarat menjadi pencetus kepada kesedaran nasional tentang peri pentingnya hubungan alam sekitar dan kesihatan manusia. Hubungan langsung antara entiti alam sekitar dan kesihatan manusia ini boleh dikenali sebagai penjagaan Kesihatan Persekitar­an. komitmen industri untuk patuh kepada undangunda­ng berkaitan bagi memastikan operasi organisasi meminimaka­n impak kepada alam sekitar dan kesihatan pekerja. Perkembang­an positif sebegini menjadikan bidang Kesihatan Persekitar­an di Malaysia semakin mempunyai pasaran kerja yang baik. Justeru, para ibu bapa, terutamany­a adikadik lepasan SPM/STPM/Asasi/Matrikulas­i/ Diploma, wajar membuka minda dan tidak boleh memandang enteng bidang Kesihatan Persekitar­an ini. Dari segi kandungan kursus, pastinya menarik kerana program ini meliputi elemen sains kesihatan, pengurusan risiko kesihatan dan alam sekitar serta teknologi pemantauan alam sekitar. Ini ditambah lagi dengan mekanisme pembelajar­an di lapangan dan berinterak­si secara langsung dengan masyarakat. Sebagai nilai tambah kepada bakal graduan, di Universiti Kuala Lumpur Institute of Medical Science Technology (UniKL MESTECH) akan memastikan penglibata­n pakar-pakar Kesihatan Persekitar­an di industri untuk terlibat bersama-sama dalam penambahba­ikan kurikulum dan memeterai kerjasama industri bagi menjamin kemenjadia­n graduan yang menepati keperluan pasaran kerja kelak. Bidang ini bukanlah bidang yang asing di negara kita. Jika diikutkan perjawatan dalam sektor awam, di peringkat Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jawatan berkaitan bidang ini telah diwujudkan sekian lama. Perjawatan yang dahulunya dikenali dengan nama ‘Inspektor Kesihatan’ telah ditambahba­ik dan kini dipanggil sebagai ‘Pegawai Kesihatan Persekitar­an’ (PPKP/PKP). Kesimpulan­nya, jika boleh diibaratka­n Jururawat dan Pembantu Perubatan seperti ‘kaki dan tangan’ Doktor, Pegawai Sains di makmal seperti ‘tulang belakang’ Doktor, mereka dalam bidang Kesihatan Persekitar­an pula ibarat ‘mata dan telinga’ para Doktor. Sedarlah semua bahawa Negara perlukan rakyat yang cintakan alam sekitar dan peka menjaga kesihatan, maka, usahlah was-was memilih bidang Kesihatan Persekitar­an ini sebagai haluan pendidikan tinggi dan kerjaya masa hadapan. Program Bachelor of Environmen­tal Health ditawarkan bagi pengambila­n September 2019. Malahan, perjawatan ini telah mula berkembang di sektor-sektor industri seperti sektor pembinaan, pembuatan dan khidmat kesihatan. Ini kerana keperluan industri kepada graduan yang mempunyai latar belakang akademik dalam bidang berkaitan alam sekitar dan kesihatan ini kian bertambah selari dengan Untuk maklumat lanjut emel kepada atau hubungi 03-8739 5894. [email protected] Where Knowledge is Applied and Dreams Realised SESI KAUNSELING DAN PENDAFTARA­N TERBUKA KEMASUKAN SESI SEPTEMBER 2019 BAGI PROGRAM IJAZAH. TARIKH & LOKASI 9.00 pagi – 4.00 petang 19 OGOS 2019 20 OGOS 2019 18 & 19 OGOS 2019 • Pejabat MARA Negeri Melaka • Pejabat MARA Daerah Kemaman • Pejabat MARA Daerah Kuala Selangor • UTC Selangor Anggerik Mall • Pejabat MARA Negeri Sembilan • GF, UTC Terengganu, Kuala Terengganu • Pejabat MARA Negeri Johor 22 OGOS 2019 21 OGOS 2019 27 OGOS 2019 • Pejabat MARA Negeri Sabah • Pejabat MARA Daerah Larut, Matang & Selama • Pejabat MARA Daerah Hulu Perak • Pejabat MARA Negeri Perlis • Pejabat MARA Daerah Pasir Mas • Arked MARA Kluang 26 OGOS 2019 25 & 26 OGOS 2019 • Pejabat MARA Negeri Pulau Pinang • Pejabat MARA Negeri Perak • Pejabat MARA Negeri Pahang • Pejabat MARA Negeri Kedah • Pejabat MARA Negeri Kelantan Pinjaman pendidikan disediakan bagi yang layak. MOHON SEKARANG UNTUK NIKMATI PENGECUALI­AN YURAN PENERIMAAN. BIDANG-BIDANG PENGKHUSUS­AN Accounting, Entreprene­urship, IslAmic FinAnce, InternAtio­nAl Business, MArketing & Tourism MechAnicAl, MechAtroni­cs, MAnufActur­ing, Applied Electronic­s & Automotive MAnAgement QuAlity Engineerin­g, Instrument­Ation And Control Engineerin­g, FAcilities MAintenAnc­e & IndustriAl Logistic Design, MAnufActur­ing, Engineerin­g Business MAnAgement & RAilwAy System Welding, Air Conditioni­ng, Robotics & Automotive MAintenAnc­e ElectricAl, Electronic­s, MedicAl Electronic­s & Telecommun­icAtion Technology AviAtion And AircrAft MAintenAnc­e Technology MedicAl Science Technology ChemicAl And Bioenginee­ring Technology SoftwAre Engineerin­g, Computer System Security, Networking, MultimediA & AnimAtion MedicAl, Nursing, PhArmAcy, MedicAl ImAging & Physiother­Apy MArine Engineerin­g Technology Kumpulan Syarikat Hotline : 1800 888 177

© PressReader. All rights reserved.