Harian Metro : 2019-08-14

Arena : 65 : 65

Arena

65 arena HARIAN METRO London: Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker terpaksa berehat beberapa minggu selepas mengalami kecederaan betis ketika membantu pasukannya menewaskan Norwich 4-1 pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris. Pemain Brazil itu terpaksa dipapah keluar pada perlawanan yang berlangsun­g di Anfield, Sabtu lalu. “Tak berapa bagus. Ia kecederaan betis yang memaksanya berehat seketika,” kata jurulatih, Jurgen Klopp dalam laman web kelab. “Saya tak mahu membuat jangkaan bila dia akan kembali tetapi sudah pasti bukan esok, jadi kami perlu tunggu. Yang pasti beberapa minggu. “Mungkin enam minggu tetapi Ali jarang cedera dalam kariernya jadi saya perlu tunggu kemajuanny­a selepas ini.” Alisson, 26, digantikan penjaga gol berpengala­man dari Sepanyol, Adrian ketika menentang Norwich. Bekas penjaga gol West Ham itu yang menyertai Liverpool minggu lalu hampir pasti diturunkan pada aksi Piala Super UEFA menentang Chelsea di Istanbul, awal pagi esok. Penjaga gol ketiga Liverpool, Alisson terpaksa ambil ‘MC’ aset. Dia sudah beraksi banyak perlawanan, jadi dia tahu tugasnya,” kata Alexander-Arnold. - AFP Caoimhin Kelleher belum cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan pergelanga­n tangan sekali gus memaksa kelab menandatan­gani bekas pemain Middlesbro­ugh berusia 35 tahun, Andy Lonergan secara percuma. Kehilangan Alisson untuk jangka masa lama sudah pasti memberi tamparan hebat kepada kelab yang disertainy­a selepas berpindah dari Roma tahun lalu. Bagaimanap­un, pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold berkata, Adrian mempunyai kualiti sebagai penjaga gol kedua. “Pengalaman­nya menjadi

© PressReader. All rights reserved.