Harian Metro

Pele dilantik Setiausaha Dun

-

Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak semalam melantik Setiausaha­nya yang baharu, Pele Peter Tinggom.

Pele, 48, yang juga anak kepada bekas Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguna­n Masyarakat, Datuk Seri Peter Tinggom Kamarau dilantik ke jawatan itu menggantik­an Semawi Mohamad.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dun, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar di Kompleks Dun di sini, kelmarin.

Majlis disaksikan Timbalan Speaker Dun, Datuk Gerawat Gala dan Timbalan Setiausaha Dun, Sharifah Shazzea Wan Akil.

Pele sebelum ini pernah menjadi Timbalan Setiausaha Dun dari Februari 2011 hingga Mei 2015.

Berasal dari Saratok, Pele berkelulus­an Sarjana Muda dalam Undang-undang (Dengan Kepujian) dari Aglia Ruskin University, United Kingdom pada 1996 dan Diploma Pengurusan (Eksekutif) dari Institut Pengurusan Australia di Western Australia University pada 2002.

Mohd Asfia dalam ucapannya menyifatka­n Pele sesuai dilantik kerana latar belakang dan pengalaman­nya yang bukan sahaja pernah berkhidmat di Dun, malah dalam Kementeria­n sama ada di peringkat kerajaan Sarawak dan Persekutua­n.

 ??  ?? PELE mengangkat sumpah sebagai Setiausaha DUN Sarawak.
PELE mengangkat sumpah sebagai Setiausaha DUN Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia